Football

Satira: Switzerland ambil semangat Hulk Hogan melawan Perancis

Di saat ramai menjangkakan Perancis akan menang mudah menentang Switzerland semalam, ramai tidak tahu bahawa pasukan Switzerland mengambil semangat dari seorang penggusti lagenda untuk mengganggu pesta pasukan Perancis.

Walaupun hanya sekadar seri, tetapi ia sudah cukup untuk membawa pasukan Switzerland mara ke pusingan kalah mati. Semua ini tidak akan terjadi jika pasukan Switzerland tidak mengambil semangat dari penggusti lagenda, Hulk Hogan.

Di saat pemain Perancis menyerang kubu pasukan Switzerland, seorang demi seorang pemain Switzerland mengoyakkan baju mereka tanda marah, persis Hulk Hogan. Taktik ini dilihat berjaya menumpulkan serangan pasukan Perancis walaupun mereka memiliki barisan serangan yang cukup hebat. Bahkan, pemain paling menyerlah mereka, Dimitri Payet juga dilihat hanya mampu menggegarkan palang dan bukan jaring pasukan Switzerland.

IMG_6742 IMG_6743 IMG_6744

Ketika ditemubual oleh media, pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka berkata: “ Sebelum perlawanan ini, kami beramai-ramai menonton perlawanan gusti Hulk Hogan menentang Andre The Giant. Melihat aksinya mengoyakkan baju, kami terfikir itu taktik sesuai untuk mengganggu pemain Perancis.”

Mungkinkah pasukan Switzerland akan mengambil inspirasi dari The Rock atau Stone Cold Steve Austin dalam pusingan kalah mati? Atau mungkin mereka akan menjadikan Undertaker dan Triple H sebagai idola mereka yang seterusnya? Apa yang pasti, persoalan sebenar adalah WHATCHA GONNA DO, WHEN THE SWISS RUNS WILD ON YOU?!!

Other posts by