Athletics

Masa depan cerah untuk olahraga negara

Masa depan untuk skuad olahraga Malaysia nampak cerah selepas mengakhiri Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh dengan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa.

Ia merupakan persembahan terbaik Malaysia di kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun itu sejak diperkenal pada tahun 1986.

Ketua jurulatih kebangsaan, Zainal Abas telah memberi penghargaan kejayaan semua atlet remaja itu kepada pelaksanaan program pembangunan yang betul.

“Program pembangunan kami telah menunjukkan keputusan yang memberansangkan dan saya bangga atlet kita juga telah membuktikan mereka boleh beraksi dengan baik menentang pesaing hebat di Asia untuk memenangi pingat emas.

“Kita mempunyai tiga orang – Khairul (Hafiz Jantan), R. Kirthana dan (Mohd) Rizzua (Haizad) – atlet remaja terbaik Asia. Mereka sepatutnya terus mahukan keputusan yang lebih baik di pertandingan bertaraf tinggi.”

Khairul memenangi acara 100m dengan catatan masa 10.36s. Pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu turut merangkul pingat gangsa dalam acara 200m dengan catatan masa 21.15s dan salah seorang pelari kuartet 4x100m yang merangkul pingat gangsa dengan catatan masa 39.91s. Pelari lain dalam kuartet berkenaan adalah Badrul Hisyam Abdul Manap, Asnawi Hashim dan Muhd Jaiqal Hanafi.

Kirthana merangkul pingat emas dalam acara lompat kijang selepas mencatatkan rekod 13.20m.

Rizzua memenangi pingat emas dalam acara 110m lari berpagar dengan catatan masa 14.00s. Sebelum itu beliau memperbaiki rekod peribadinya dengan catatan masa 13.87s di separuh akhir.

Khairul, Kirthana, Rizzua dan Badrul telah melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Remaja Bawah 20 tahun di Bydgoszcz, Poland pada 19-24 Julai.

Other posts by