Originally written HERE
Translated by Khairul Nizam
Ia adalah satu kitaran ketidakcekapan dan nepotisme, bukan? Atau ada masalah yang lebih besar mempengaruhi pertempuran Steve Darby demi keadilan?
Jika anda mengikuti kes ini menerusi laporan pelbagai organisasi media, anda mungkin menyangka kes ini hampir ke penghujung. KAFA perlu membayar Steve Darby berjumlah RM 165,000 pada 8 Jun, berdasarkan penghakiman yang disemak semula pada hujung bulan lepas.
Anda juga mungkin cenderung untuk berfikir FAM telah melakukan tugas yang baik untuk menutup kes ini. Tetapi sebenarnya, tiada penjelasan yang diberi mengenai ‘diskaun’ , yang sebenarnya oleh dikatakan teruk, jika anda tau jumlahnya yang asal.
Ketika Kelantan FA memecat Steve Darby pada April 2016, mereka hanya sanggup membayar tiga bulan gaji, dan sebagai pampasan kerana menamatkan kontrak beliau – satu jumlah yang meragukan, jika dilihat pada kontrak beliau yang berbaki 17 bulan lagi dari perjanjian asal dua tahunnya dengan pasukan Pantai Timur itu. Namun, bekas pengendali Perak itu memilih untuk meminta bayaran untuk Sembilan bulan.
Akan tetapi, KAFA enggan bersetuju dengan jumlah tersebut dan didakwa gagal untuk memberi jawapan kepada pertanyaan dan permintaan daripada Steve Darby serta peguamnya, untuk beberapa kali. FAM kemudian melibatkan diri dalam isu ini – setelah peguam Steve menghantar affidavit kepada mereka – dan mengarahkan KAFA untuk berunding dengan Steve Darby berhubung bayaran pampasannya – tetapi arahan itu diabaikan oleh KAFA.
FAM Diminta Bertindak Tangani Isu Steve Darby, Kafa – Peguam http://t.co/IhYSrYu9XA
— Racun Sana Sini (@racunsanasini) June 4, 2015
Pada Julai 2015, Jawatankuasa Status FAM memilih untuk mengendalikan masalah ini sendiri dengan menilai kes tersebut, sebelum mengarahkan KAFA untuk membayar bayaran penuh berjumlah RM636,000, seperti yang diminta oleh Steve dari awal. Sekali lagi, KAFA enggan berbuat demikian dan terus mengabaikan usaha berterusan Steve untuk berbincang.
Kelantan FA ancam tarik diri drp @FAM_Malaysia krn tdk puashati dgn arahan pembayaran pampasan kpd bekas ketua jurulatih Steve Darby.
— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) July 30, 2015
Namun, pada penghujung 2015, KAFA menghantar rayuah kepada FAM, meminta jumlah tersebut dikurangkan. Selepas menunggu beberapa bulan, Steve akhirnya diberitahu mengenai nasibnya bulan lalu – sesuatu yang tidak diterima baik oleh pengendali berusia 61 tahun itu.
Jawatankuasa rayuan FAM menerima rayuan itu secara rasmi, mengarahkan KAFA membayar hanya RM165,000, satu jumlah yang sangat sedikit berbanding jumlah asal iaitu RM636,000. Memburukkan lagi keadaan, Steve dan peguamnya tidak diberitahu mengenai mengapa keputusan itu dibuat, yang bermaksud tiada penjelasan diberi mengenai menagapa ‘diskaun’ yang begitu banyak diberi kepada KAFA walaupun selepas beberapa minggu keputusan itu dibuat.
Kelantan dapat diskaun bayar tunggakan gaji Steve Darby
Saksikan rancangan kegemaran anda di… https://t.co/NJhuykz4XM
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 9, 2016
Sementara jawatankuasa rayuan FAM mempunyai hak untuk menilai kes dan menyediakan penghakiman yang bercanggah dengan keputusan pada awalnya, ianya tidak berapa jelas mengenai mengapa ‘diskaun’ yang begitu banyak diberikan dalam kes ini. KAFA memilih untuk memecat Steve dan keputusannya, bukankah mereka sepatunya berunding untuk bayaran pampasan?
Jika tiada sebarang perjanjian tercapai, bukankah mereka perlu membayar pampasan mengikut baki kontrak dua tahun Steve? Apakah faktor luaran yang menyebabkan pemberian diskaun bernilai RM 471,000? Dan paling penting, satu penghakiman hanya boleh dibuat, jika alasannya sudah dimuktamadkan. Dalam kes ini, mengapa ia mengambil masa yang lama untuk FAM memberikan alasan penghakiman kepada Steve dan pasukan peguamnya?
Banyak persoalan yang perlu dirungkai buat masa ini. Tetapi, jika isu ini diketepikan, kita masih tidak tahu jika KAFA akan memenuhi obligasinya untuk membayar RMRM165,000 kepada Steve Darby sebelum 8 Jun.
Cuba teka?
Other posts by Keeshaanan Sundaresan