Frank Bernhardt telah memanggil sejumlah 24 orang pemain ke pusat latihan skuad B-22 negara sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada Ogos 2017.
Kesemua 24 pemain itu akan melaporkan diri ke pusat latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 23 Mei.
Pasukan kendalian Frank Bernhardt itu akan bertolak ke Melaka bagi menghadapi kejohanan Nations Cup 2016 di mana mereka akan berdepan pasukan B-21 Singapura, Thailand dan Vietnam bermula 3 Jun ini.
Skuad Projek Sukan SEA 2017 ini seterusnya akan berlepas ke Chiba, Jepun pada 9 Jun untuk menjalani kem latihan dan dijadualkan menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan.
Antara pemain yang dipanggil adalah:
- Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah)
- Mohammad Farhan Roslan (Kedah)
- Muhammad Arif Farhan Mohd Isa (Kedah)
- Muhammad Safawi Rasid (T-Team)
- Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team)
- Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T-Team)
- Dominic Tan Jun Jin (JDT II)
- Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II)
- Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan)
- Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan)
- Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur)
- Muhamad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
- Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan)
- Thanabalan A/L Nadarajah (Negeri Sembilan)
- Muhamad Firdaus Saiyadi (Perak)
- Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri (Perak)
- Sanjef Dinesh A/L RS Baskeran (DRB Hicom)
- Muhammad Shah Amirul Mohd Zamri (Pahang)
- Muhammad Haziq Nadzli (PDRM)
- Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang)
- Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak)
- Amierul Hakimi Awang (Terengganu)
- Mohd Adib Zainudin ( UiTM FC)
- Adam Nor Azlin (Selangor)
Other posts by Khairul Nizam