Football

“Jangan gentar menetang JDT” – Razip Ismail kepada squad Pahang

Misi layak ke Piala Malaysia skuad Tok gajah akan diuji apabila mereka akan bertembung dengan juara Piala FA musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Menurut jurulatih Tok Gajah, jentera tengah dan bahagian pertahanan pasukan perlu kekal fokus kerana Johor Darul Ta’zim pastinya lebih bersemangat selepas muncul juara Piala FA sabtu lalu.

“Sebagai pasukan yang berada di tangga ke-10, kedudukan Pahang belum lagi selamat untuk mengisi slot 11 pasukan terbaik dan sudah pasti kami akan berusaha memberikan tentangan.

“Namun kami sedar JDT berada pada prestasi terbaik manakala Pahang dengan barisan pemain muda, perlu beraksi pada tahap terbaik dan tidak melakukan kesilapan mudah,” ujar beliau kepada Harian Metro.

Kunjungan Pahang ke Larkin diibaratkan seperti ‘langit dan bumi’ tetapi Razip mahu pemainnya tidak gentar dan bermain mengikut rentak sendiri.

Razip turut berharap agar keputusan positif akan terhasil dari kunjungan kali ini sekaligus menghidupkan peluang merek ke Piala Malaysia walaupun akan berdepan sokongan padu dari penyokong tuan rumah.

Other posts by