Football

Ekslusif: “Bintang JDT II seperti Baihakki adalah inspirasi saya” – Dominic Tan

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’azim (JDT) II, Dominic Tan melambung pujian terhadap sistem Harimau Selatan serta rakan sepasukannya selepas dia dipanggil menyertai skuad projek Sukan SEA 2017 di bawah kendalian jurulatih Frank Bernhardt baru-baru ini.
 
Graduan dari Sekolah Sukan Singapura ini mula mencipta nama selepas mengetuai skuad Harimau Muda C untuk raih tempat keempat kejohanan AFF Bawah 19 tahun pada 2015. Dominic kini membarisi kesebelasan utama JDT II walaupun mereka bergelut di saingan Liga Perdana ketika ini.
 
Bagaimanapun pemain berusia 19 tahun ini sifatkan sebagai mimpi menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga JDT dan bersyukur kepada pengurusan pasukan yang menaruh kepercayaan terhadapnya.
 
Photo Credit: FAM
Photo Credit: FAM

“Ia bagai mimpi jadi kenyataan untuk bermain dalam antara pasukan terbaik di Malaysia dan Asia ini. Mereka membentuk saya dan saya terhutang budi kepada mereka semua kejayaan yang saya miliki” ujar Dominic kepada FourthOfficial.com.

“Saya teruja diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama JDT II. Saya harap saya dapat teruskan prestasi konsisten ini dan mudah-mudahan dapat membarisi skuad utama JDT pada masa hadapan.”

 
Photo Credit: Dominic Tan
Photo Credit: Dominic Tan

Bekas kapten Harimau Muda C ini turut bersyukur mendapat peluang beraksi sebaris dengan bintang Singapura, Baihakki Khaizan di barisan pertahanan JDT II.

“Baihakki seorang pemain cukup menakjubkan dan juga berpengalaman. Dia banyak memberi tunjuk ajar pada masa perlawanan dan sesi latihan.

“Pada masa perlawanan, saya tidak pernah bimbang apabila beraksi bersama Baihakki – dia suntik keyakinan kepada semua orang dengan kesabarannya. Dia adalah pemain untuk dicontohi,” kata Dominic yang begitu teruja sekali.

 
Photo Credit: Johor Southern Tigers
Photo Credit: Johor Southern Tigers

Walaupun tidak diturunkan dalam barisan skuad B22 tahun Malaysia yang meraih kemenangan 4-1 ke atas skuad B22 Filipina semalam, Dominic sudah pasang impian untuk berada dalam senarai akhir pemain yang bakal membarisi skuad Sukan SEA kendalian Frank Bernhardt. Keutamaan Dominic ketika ini adalah untuk terus memperbaiki kelemahan selaku pemain bola sepak bersama JDT II.

“Saya sangat berharap mampu meneruskan momentum ketika ini dan berjaya untuk berada dalam senarai akhir skuad Sukan SEA 2017.

“Jika anda fikir kembali, ia sesuatu yang sukar untuk dipercayai dapat beraksi sebaris pemain seperti Baihakki, Shahril Ishak dan Paulo Rangel setiap hari. Saya masih punya banyak untuk dipelajari dan saya sangat berharap mereka dapat membantu saya memperbaiki segala kelemahan. Harapan saya, suatu hari nanti, nama saya akan menjadi sebutan seperti mereka.” ujar Dominic.

Other posts by