Football, Harimau Malaya, International Friendly

Kim Pan-Gon: “Saya Lebih Risau Pemain Hilang Identiti Berbanding Keputusan”

Sungguhpun Harimau Malaya tewas kali kedua di Bukit Jalil kepada Oman, Kim Pan-gon, ketua jurulatih Malaysia, menyatakan rasa berpuas hati terhadap persembahan mereka.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka untuk mencapai tiga mata dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perjuangan hebat pemain negara akhirnya terbayar apabila berjaya mengalahkan pasukan ke-80 dunia dengan skor 2-0.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga memuji semangat juang anak buahnya apabila mereka bertemu pasukan handalan Asia itu.

“Perlawanan yang sangat sukar. Saya sebagai ketua jurulatih meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Kami tidak boleh banggakan anda dengan keputusan yang baik. Kami menghargai sokongan rakyat Malaysia yang hadir.”

“Pemain sudah memberikan yang terbaik dalam situasi sukar. Pemain memberikan komitmen 110% tetapi dalam situasi ini memang sukar namun saya hargai usaha pemain. Kita tidak sepatutnya kalah, kami mampu memberikan keputusan lebih baik.”

“Jika kamu mahu kritik, maka kritiklah saya. Kita masih memiliki dua perlawanan dan sekiranya masih ada keajaiban, kita masih berpeluang dan jangan mengalah. Kita akan memberikan yang terbaik,” jelas Pan-gon ketika ditemui di SNBJ, Bukit Jalil.

Pan-gon lebih menekankan identiti yang mahu dibawa oleh pemain di atas padang sambil mengetahui tahap kecergasan pemain yang belum mencapai 100%.

“Selepas perlawanan kamu boleh bercakap 100 perkara. Kamu tidak tahu bagaimana pemain bola sepak bekerja. Saya bercakap kepada pemain, keputusan nombor dua, jangan hilang identiti Malaysia. Saya lebih takut pasukan hilang identiti.”

“Saya mengambil risiko untuk mengeluarkan seorang pertahanan untuk menekan lawan. Sebagai jurulatih saya perlu lihat tahap kecergasan pemain ketika ini, beri tekanan kepada lawan dalam kotak penalti.”

“Kadangkala kita merancang, tetapi tidak berjalan seperti yang dirancang. Jangan salahkan pemain kerana berapa bulan mereka tidak memiliki perlawanan. Pemain bukan mesin, situasi ini bukan pemain yang tentukan (tanpa perlawanan kompetitif).”

Tetapi dia percaya bahawa skuad negara masih boleh berkembang untuk dua pertandingan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026.

Menurut kemas kini masa-nyata FIFA, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam Kumpulan D dengan 6 mata, menurun dua tangga ke kedudukan 136 di dunia.

Skuad kebangsaan akan bermain lawan Kyrgyzstan pada 6 Jun 2024.

Other posts by