Adakah kita akan melihat legenda AS Roma, Francesco Totti kembali menyarung but dan bermain di Asia?
Bekas kapten AS Roma itu yang meninggalkan kelab berkenaan selepas 25 tahun dikhabarkan menjadi sasaran kelab divisyen 2 Liga Jepun (J2), Tokyo Verdy yang berminat untuk mendapatkannya.
Presiden kelab, Hanyu Hideaki berkata seperti dilaporkan The Sun: “Kami berminat dan telah berhubung dengannya (Totti).
“Tetapi tiada perkembangan kerana dia mahukan gaji £50,000 seminggu.
“Ianya satu perkara menakjubkan jika dia menyertai kami.”
Menurut laporan, Tokyo Verdy hanya menawarkan Totti bayaran gaji sebanyak £1,000,000 semusim.
Totti memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak bersama Roma pada tahun 1992 ketika berusia 16 tahun dan menamatkan ikatannya bersama kelab berkenaan pada tahun ini di usia lebih 40 tahun.
Pemain yang digelar Raja Rom itu hanya memenangi satu Serie A ketika bersama Roma iaitu pada tahun 2001 dan menjadi sasaran kelab-kelab ternama seperti Real Madrid ketika di kemuncaknya.
Francesco Totti merupakan pemegang rekod kedua terbanyak dalam Liga Itali bersama Gianluigi Buffon dengan 619 penampilan dalam Serie A.
Other posts by Khairul Nizam
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Paulinho sets new 400m record to claim gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Swanson leads USA to fifth Olympic gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold