Selepas menjadi tuan rumah bersama pada tahun 2007, Indonesia nampaknya tidak mahu bergerak secara solo.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), baru-baru ini mengesahkan bahawa Indonesia telah menarik diri dari pencalonan untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023.
AFC mengumumkan perkara berkenaan menerusi siaran di laman web rasmi mereka.
Dengan ini, hanya tiga negara yang akan bersaing untuk merebut hak menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023 nanti, iaitu China, Korea Selatan dan juga Thailand.
“Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah menarik diri dari proses pencalonan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.
“China, Korea Selatan dan Thailand adalah tiga negara yang masih berada dalam proses pencalonan tuan rumah pertandingan utama bolasepak Asia pada 2023,” tulis AFC dalam kenyataan rasmi tersebut.
AFC akan mengadakan perbincangan untuk membahas mengenai pencalonan tuan rumah Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada 12-13 Julai nanti. AFC akan mengumumkan siapa bakal menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 di kongres AFC pada tahun hadapan.
Walau siapa pun yang bakal menjadi tuan rumah, harapnya Malaysia akan dapat beraksi di Piala Asia 2023 nanti.
Other posts by Khairul Nizam
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Paulinho sets new 400m record to claim gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Swanson leads USA to fifth Olympic gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold