Bintang badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah diumumkan sebagai pilihan utama bagi Kejohanan Badminton All England yang akan berlangsung pada 7-12 Mac ini.
Pemain No.1 dunia itu menjadi pilihan utama menurut undian bagi acara perseorangan lelaki oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan dia dijangka akan bertemu pemain pilihan kedua, Jan O Jorgensen dari Denmark.
Pesaing utama Chong Wei, Chen Long dari China yang juga pilihan kelima kejohanan dijangka akan berdepan pemain negara itu di peringkat separuh akhir.
Namun, Chong Wei juga dijangka perlu berdepan bintang baru China,Tian Houwei di suku akhir.
Memetik laporan Bernama, Chong Wei masih belum mengesahkan penyertaannya di All England disebabkan masih dalam proses pulih dari kecederaan lututnya.
“Saya masih belum tentu untuk bertanding di All England atau tidak. Kecederaan saya sedang pulih, tetapi saya masih belum berlatih di dalam gelanggang namun saya masih belum berfikir mengenainya,” kata Chong Wei selepas menjalani proses pemulihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, semalam.
Other posts by Khairul Nizam
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Paulinho sets new 400m record to claim gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold
Paris 2024 Olympics: Curry leads Team USA to break French hearts
Paris 2024 Olympics: Russell beats Samba-Mayela to snatch 100m hurdles gold
Paris 2024 Olympics: Swanson leads USA to fifth Olympic gold
Paris 2024 Olympics: Ko finishes her medal set by claiming gold