“I have a pen, I have an apple…apple pen. I have a pen, I have pineapple, pineapple pen. Apple pen, pineapple pen..Pen pineapple, apple pen.”
Ya, hampir semua orang di pelusuk dunia menghafal atau sekurang-kurangnya tahu mengenai lagu yang pernah tular di media sosial ini. Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Jepun, Pikotaro ini menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu.
Nampaknya, kegilaan ini bukan sekadar tular di kalangan rakyat marhaen, tetapi juga di kalangan pemain bolasepak bertaraf dunia.
Pemain pertahanan Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique nampaknya antara yang turut terjebak dengan kegilaan lagu PPAP ini.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Pique di laman Twitter peribadinya, bekas pemain Manchester United itu dilihat sedang menari dan menyanyi bersama Pikotaro.
PPAP pic.twitter.com/72dQNMp4Qx
— Gerard Piqué (@3gerardpique) July 10, 2017
Melihat aksi Pique dan Pikotaro dalam video tersebut sangat melucukan terutamanya ketika melihat aksi Pique yang menari mengikut rentak lagu tersebut. Mungkin selepas ini mereka boleh bergandingan dan menjadi Piquetaro.
Tidak tahu apa reaksi isteri Pique, Shakira yang pastinya mahu melihat suaminya menari mengikut rentak latin lagu-lagunya berbanding lagu yang hanya menyebut perkataan pen, epal dan buah nenas itu.
Other posts by Khairul Nizam