Football

Pemain muda berbakat Thailand sertai FC Tokyo

Nampaknya selepas Chanatip Songkrasin, seorang lagi pemain berbakat Thailand akan melebarkan sayapnya ke Jepun.

Bekas pemain bawah 19 tahun Thailand, Jakkit Wachpirom dilaporkan bakal menyertai kelab Liga Jepun, FC Tokyo secara pinjaman daripada Bangkok United.

Pemain yang berasal dari Chantaburi, Thailand itu memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak bersama Bangkok United sebelum menyertai Chainat FC buat sementara waktu pada Julai 2016 dan kembali ke Bangkok lima bulan kemudian.

Bermain sebagai pemain tengah menyerang, Jakkit menjadi tunjang utama buat pasukan bawah 19 tahun Thailand yang memenangi Piala AFF bawah 19 tahun pada tahun 2015. Bersama skuad bawah 19 tahun, Jakkit membuat 13 penampilan dan menjaringkan lima gol. Buat masa ini Jakkit belum membuat sebarang penampilan bersama skuad senior Thailand.

Mungkin dengan menyertai FC Tokyo ini, peluang Jakkit untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Thailand akan lebih cerah. Pastinya peluang seperti ini tidak boleh disia-siakan. Malaysia masih menunggu pemain pertama yang akan beraksi di liga divisyen utama Jepun.

Other posts by