Football

Skuad B-19 Indonesia panggil 4 pemain luar negara menjelang perlawanan menentang Espanyol

Skuad bawah 19 tahun Indonesia kembali berlatih setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Skuad di bawah kendalian Indra Sjafri ini memulakan latihan pusat mereka di Bali bermula hari ini. Bagi latihan pusat kali ini, skuad bawah 19 tahun Indonesia ini juga akan diperkuat denhan empat pemain yang beraksi di luar negara.

Empat pemain tersebut adalah Nicholas Pambudi (Sepanyol), Samuel Christianson (Sepanyol), Syahrian Abimanyu (Sepanyol) dan Rafid Habibie yang beraksi di Itali.

Menurut Indra Sjafri seperti yang dilaporkan oleh Bola.com, latihan ini bukan bermakna dia sudah selesai memilih pemain serta mengingatkan semua pemain bahawa masih akan ada perubahan dalam pasukan.

“Di latihan pusat Bali ini, kami telah memanggil empat pemain yang beraksi di luar negara. Kami ingin melihat kemampuan mereka. Sekali lagi saya tegaskan bahawa skuad ini masih belum cukup kuat, masih akan ada pemain baru dipanggil dan pemain yang digugurkan bagi mendapatkan skuad yang terbaik.

“Kami berharap pemain akan kekal fokus dan dapat menerima dengan baik tunjuk ajar di setiap sesi latihan,” tambah Indra lagi,

Skuad bawah 19 tahun ini akan turut beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang kelab liga Indonesia, Persewangi di Banyuwangi pada 8 Julai sebelum berdepan kelab La Liga, Espanyol pada 14 Julai ini di Stadium Gelora Bandung Lautan Api nanti.

Other posts by