Football

Zinedine Zidane menjual anaknya sendiri

Senario seorang bapa yang menjual anaknya sendiri sering kita lihat dan dengar dalam drama-drama di kaca televisyen. Seorang bapa yang jahat akan menjual anaknya demi mendapatkan wang untuk berfoya-foya.

Akan tetapi, rupanya dalam bolasepak ia turut berlaku dan melibatkan seorang pengurus yang telah memenangi dua trofi Liga Juara-Juara bersama kelab yang cukup terkenal di dunia.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane telah membenarkan anaknya meninggalkan Real Madrid dan menyertai Alaves. Tapi bukanlah Zidane sendiri yang menjualnya tetapi kelabnya, Real Madrid yang mahu menjualnya.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Alaves yang menduduki tempat kesembilan di La Liga pada musim lalu dan mengikat kontrak selama tiga tahun.

Enzo Zidane merupakan produk akademi Real Madrid dan menjaringkan gol dalam satu-satunya penampilan beliau dalam saingan Copa del Rey ke atas Cultural Leonesa pada musim lalu.

Bekas pemain skuad bawah 19 tahun Perancis itu membuat 78 penampilan untuk pasukan kedua Real Madrid, Castilla, dan menjaringkan tujuh gol serta 15 bantuan gol.

Satu kenyataan dari laman web rasmi Alaves menyatakan: “Deportivo Alaves mengalu-alukan kedatangan Enzo Zidane dan juga mengucapkan selamat berjaya untuk musim baru nanti.”

Other posts by