Football

Stadium baru DC United jadi tempat promosikan Indonesia

Stadium di Amerika Syarikat, tetapi digunakan untuk mempromosikan Indonesia?

Itulah yang dinyatakan oleh pemilik DC United, Erick Thohir, seorang usahawan yang berasal dari Indonesia ketika merasmikan pembinaan stadium baru DC United, “Auldi Field” di Washington, Amerika Syarikat pada hari Selasa.

“Saya berharap Auldi Field akan menjadi tempat kunjungan sepanjang tahun buat para penyokong.

“Kami juga telah berbincang dengan kedutaan besar Republik Indonesia, dengan tujuan agar stadium ini akan dapat digunakan untuk mempromosikan kebudayaan dan tempat pelancongan Indonesia di Amerika Syarikat,” kata Erick lagi.

Acara perasmian stadium baru itu turut dihadiri oleh Duta Besar Indonesia, Budi Bowoleksono dan Datuk Bandar Washington, Muriel Browser.

Erick turut menyatakan mengenai kemudahan yang akan turut dibina bersama stadium berkenaan.

“Ini merupakan satu kebanggaan, akhirnya kami dapat membina stadium baru untuk penyokong D.C. United.

“Ianya dirancang dengan pelbagai kemudahan lain seperti hotel, kompleks membeli belah dan ruang awam. Auldi Field juga boleh digunakan untuk sukan lain, acara hiburan dan aktiviti masyarakat.”

DC United sebelum ini beraksi di Stadium Robert F Kennedy (RFK) yang juga menjadi stadium untuk sukan lain seperti bolasepak Amerika dan Baseball.

Projek pembangunan Auldi Field ini djangka akan selesai pada bulan Jun 2018 nanti.

Other posts by