UFC

Power Rangers hijau tahu cara tewaskan CM Punk dalam gelanggang MMA

Bekas Power Rangers menentang penggusti WWE.

Pastinya itu akan menjadi satu perlawanan menarik selepas perlawanan di antara juara MMA Conor McGregor menentang juara tinju, Floyd Mayweather nanti.

Bekas pelakon filem dan rancangan TV Mighty Morphin Power Rangers yang menyertai MMA, Jason David Frank telah menyatakan bagaimana dia akan menewaskan CM Punk jika perlawanan di antara mereka benar-benar berlangsung nanti.

Jason yang terkenal sebagai Power Ranges Hijau dan Putih dalam rancangan TV tersebut telah menyatakan bagaimana dia akan menewaskan CM Punk ketika ditanya dalam satu konvensyen baru-baru ini.

“Satu tendangan kaki kanan ke kepalanya akan membuatkan dia pengsan dalam tempoh 28 saat,” kata Jason seperti dilaporkan oleh laman web ComicBook.com.

Dia turut menyatakan mengenai perbezaan di antara CM Punk dan musuh lain Power Rangers.

“Dia tidak akan besinar kerana saya adalah seorang Power Rangers dan saya membuatkan benda bersinar. Dia tidak akan bertukar menjadi gergasi. Tiada siapa akan membuatkan CM Punk menjadi gergasi. Saya tidak akan menggunakan Dragon Dagger, ianya hanya akan menjadi satu perlawanan menggunakan penumbuk.”

Setakat ini CM Punk masih belum mendapatkan pesaing rasmi kedua selepas dia tewas dalam perlawanan MMA pertamanya. Pastinya CM Punk juga tahu bahawa dia tidak mungkin mampu menewaskan seorang Power Rangers yang boleh menggunakan Megazord ketika perlawanan.

Other posts by