Football

Bekas jurulatih Kuala Lumpur sertai Persipura Jayapura

Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Wanderley Machado Da Silva Junior sah menyertai kelab Liga Indonesia, Persipura Jayapura beberapa bulan selepas disingkirkan oleh kelab Liga Perdana Malaysia itu.

Jurulatih yang berasal dari Brazil itu menggantikan jurulatih asal, Liestiadi yang meletakkan jawatan beberapa hari yang lalu ekoran prestasi buruk skuad yang terkenal dengan jolokan Mutiara Hitam itu.

Bercakap mengenai jurulatih baru mereka, Ketua Umum Persipura, Benhur Tomi Mano menyatakan Wanderley tidak akan berdepan masalah kerana pernah bermain dan menjadi jurulatih di Indonesia.

“Dia jurulatih yang berasal dari Brazil, dia pernah bermain dan menjadi jurulatih di Indonesia. Jadi tidak sukar untuk dia menyesuaikan diri dengan Papua kerana dia pernah menyertai Perseman Manokwari,” kata Benhur seperti dilaporkan oleh Kompas.com.

Wanderley pernah beraksi di Indonesia bersama Persid Jember (2003-2005) dan Persibo Bojonegoro (2006). Selain itu dia juga pernah menjadi jurulatih PSMS U-21 (2008), Produta FC (2009-2010), Persibo (2011-2012) dan Perseman Manokwari (2014-2015).

Pada awal musim ini, Wanderley menyertai Kuala Lumpur namun digantikan dengan bekas jurulatih Timor Leste, Fabio Joaquim Da Silva ekoran masalah dengan lesen kejurulatihannya.

Other posts by