Football

Charyl Chappuis ‘Galacticos’ terbaru Muangthong United

Real Madrid suatu ketika dahulu terkenal dengan projek ‘Galacticos ‘mereka. Mengumpulkan pemain-pemain hebat dunia seperti Zinedine Zidane, Luis Figo, David Beckham dan ramai lagi untuk mendominasi La Liga.

Bagi kelab-kelab di negara lain, mereka juga mempunyai projek Galacticos mereka sendiri, tetapi dengan skala lebih kecil dan hanya dibintangi pemain kebangsaan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh kelab Thailand, Muangthong United yang mengumpulkan ramai pemain dari skuad kebangsaan Thailand untuk memperkuat pasukan.

Pemain kebangsaan terbaru yang menyertai mereka adalah pemain berdarah campuran Switzerland-Thailand, Charyl Chappuis sehari selepas Muangthong mengumumkan kemasukan empat pemain baru.

Sebelum ini Chappuis dikatakan tidak akan menyertai Muangthong kerana dia mahukan gaji yang lebih tinggi dan dikhabarkan akan menyertai Chiang Rai United.

Kehadiran Chappuis ke Muangthong adalah bagi menggantikan tempat bintang Thailand, Chanatip Songkrasin yang menyertai kelab Liga Jepun, Consodale Sapporo secara pinjaman selama 18 bulan.

Selain Chappuis, pemain kebangsaan Thailand yang berada dalam skuad Muanghtong United adalah Teerasil Dangda, Siroch Chattong, Theerathon Bunmathan,Tristan Do, Kawin Thamsatchanan, Adisak Kraisorn dan Sarach Yooyen.

Nama Chappuis meningkat naik pada tahun 2014 ketika menjadi tonggak utama Thailand yang memenangi Piala AFF Suzuki termasuk gol penting ketika menentang Malaysia dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Other posts by