Swimming

Bekas juara Olimpik Michael Phelps akan berenang menentang Great White Shark

Memenangi pingat emas Olimpik? Sudah.

Memecahkan rekod dunia? Sudah.

Jadi, apa lagi yang boleh memuaskan hati perenang terhebat sepanjang zaman, Michael Phelps? Nampaknya dia sudah muak berenang menentang manusia dan mahu bertanding dengan seekor haiwan laut yang cukup bengis dan terkenal.

Perenang Amerika Syarikat dengan 23 pingat emas Olimpik itu akan bertanding menentang seekor jerung putih (Great White Shark) sebagai salah satu dari rancangan sempena ‘Shark Week’ yang akan disiarkan oleh Discovery Channel.

Pertandingan yang digelar “Great Gold vs Great White” itu dijangka akan menjadi satu pertandingan berenang di mana Phelps mungkin tewas.

Dalam satu siaran media dari saluran tersebut menyatakan:

“Mereka adalah salah satu pemangsa yang paling pantas dan efisien: Jerung.

“Dia merupakan juara paling hebat di dalam air: Michael Phelps.

“39 rekod dunia, 23 pingat emas Olimpik.

“Tetapi dia mempunyai satu lagi pertandingan untuk dimenangi.

“Satu acara yang cukup bersejarah dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa.

“Atlet paling hebat du dunai akan menentang pemangsa paling efisien di laut: Phelps vs Jerung – perlumbaan akan diadakan!”

Kelajuan Phelps dilaporkan selaju 6mph, tetapi seekor jerung putih mampu berenang selaju 25 mph, jadi nampaknya mungkin kali ini Phelps perlu berusaha lebih jika mahu menang.

Photo credit: Instagram Michael Phelps

Phelps sempat menunjukkan apa yang bakal dihadapinya dalam satu gambar di Instagram peribadinya.

Untuk mengetahui keputusan pertandingan ini, penyokong Phelps dan Great White Shark perlu menunggu sehingga 23 Julai untuk mengetahui siapa bakal bergelar raja di lautan nanti.

 

 

Other posts by