Football

Tony Fernandes dan QPR hulur bantuan untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower

Kelab bolasepak bukan sekadar tempat di mana kita hadir untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Bolasepak adalah milik masyarakat. Kadang kala di kala bencana melanda, kita dapat melihat sisi lain bolasepak dan kelab bolasepak.

Itulah yang berlaku di London apabila, pemilik Queen Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandes telah menawarkan stadium mereka, Loftus Road sebagai salah satu pilihan untuk menjadi pusat perlindungan mangsa yang terlibat dengan kebakaran di Grenfell Tower.

Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan pemegang saham dan pengerusi QPR sejak 2011 telah menulis di laman Twitternya bahawa dia sudah bercakap kepada Ketua Pegawai Eksekutif QPR, lee Hoos untuk melihat bagaimana kelab boleh membantu.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/874875749626515461

“Saya telah bertanya kepada Lee Hoos untuk melihat jika Loftus Road boleh dijadikan tempat perlindungan. Petugas komuniti kami akan digerakkan. Kami akan membantu sedaya upaya.

Selain QPR, kelab lain yang berpengkalan di London seperti Crystal Palace dan Fulham juga telah mengucapkan takziah serta menawarkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat.

Fulham telah menyatakan bahawa Craven Cottage dan Motspur Park dibuka untuk mana-mana pihak yang mahu menderma barangan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut laporan Sky News, sebilangan mangsa terkorban dan beberapa orang terperangkap dalam kejadian kebakaran besar di barat London itu. Serama 200 pegawai bomba dan 40 jentera bomba digerakkan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Pihak Polis menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang mangsa dilaporkan terkorban namun turut menyatakan bahawa angka tersebut mungkin meningkat.

Lebih kurang 600 orang dilaporkan berada di dalam Grenfell Tower ketika api membakar bangunan setinggi 24 tingkat itu pada awal pagi semalam.

Other posts by