Football

Bekas pemain Pahang sertai kelab Hong Kong

Bekas pemain pertahanan Pahang, Zesh Rehman nampaknya bakal kembali bermain di Asia.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai kelab Liga Perdana Hong Kong, Southern District Recreation and Sports Assn Ltd atau lebih dikenali sebagai Southern FC. Kelab yang berpengkalan di Southern District Hong Kong itu ditubuhkan pada tahun 2002.

Pemain kebangsaan Pakistan itu sebelum ini beraksi untuk Gillingham FC di Liga bolasepak England selama semusim selepas meninggalkan Pahang dan membuat sepuluh penampilan bersama kelab tersebut.

Zesh menyertai Pahang pada tahun 2014 hingga 2016 dan telah membuat 94 penampilan dan menjaringkan 13 gol. Bersama Pahang, Zesh memenangi trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Pemain kelahiran Birmingham ini memulakan kerjayanya sebagai pemain bolaepak bersama Fulham pada tahun 2003 hingga 2006. Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama Brighton & Hove Albion dan Norwich City secara pinjaman ketika masih bersama Fulham. Selain itu, dia juga pernah beraksi untuk Queens Park Rangers dan Bradford City selepas meninggalkan Fulham.

Pada tahun 2011, Zesh meneruskan kerjayanya sebagai pemain bolasepak dengan bermain di Asia. Kelab Asia pertama yang mendapatkan khidmatnya adalah kelab Thailand, Muangthong United. Selepas dua musim bersama Muangthong, dia menyertai kelab Hong Kong, Kitchee FC pada tahun 2012 dan selepas dua musim, dia menyertai Pahang.

Other posts by