Semua kelab bolasepak perlukan penaja. Menerusi tajaan, mereka akan menggunakan wang tersebut untuk membayar gaji, membeli pemain, membeli peralatan dan banyak lagi. Sebilangan besar kelab bolasepak di dunia bergantung kepada penaja untuk terus kekal dan bersaing dalam liga mereka.
Kita sudah melihat penaja kelab dari pelbagai jenis perniagaan. Dari syarikat penerbangan, telekomunikasi, kereta sehingga syarikat yang terlibat dengan perjudian dan juga kosmetik seperti Qu Puteh.
Tetapi, di Amerika Syarikat, satu kelab amatur telah menerima tajaan dari satu syarikat yang cukup unik dan mungkin akan mencetuskan sedikit ketegangan.
Kelab bolasepak Washington Square FC telah mendedahkan penaja baru mereka iaitu…laman web porno RedTube.
Mereka bukan setakat ditaja oleh laman berkenaan, bahkan mereka juga telah menyokong mereka di sosial media dengan menggunakan hashtag #RedTubeArmy.
Apa yang menarik, idea ini muncul menerusi sesi melepak bersama rakan-rakan di pub.
Welcome everyone to the #RedTubeARMY. Remember it's the name on the front of the jersey, that matters. https://t.co/x8FLpahc8M
— Washington Square FC (@WashingtonSqFC) June 6, 2017
Ketua pasukan, Jon Klippert ketika bercakap kepada American Pyramid Blog menyatakan bahawa semuanya bermula dengan gurauan.
“Jaime Skelton (bekas pemain) dan saya sedang mabuk pada satu malam bersama beberapa orang pemain dan kami bergurau mengenai ditaja oleh syarikat porno.
“Kami rasakan ianya satu idea yang kelakar, tetapi juga ianya satu perkara yang mustahil. Tetapi Jaime mempunyai bakat menulis dan mampu menghasilkan sesuatu.
“Jadi, dia menulis surat dan kami mengolahnya sedikit, mengambil gambar dan menghantarnya ke laman Twitter RedTube.”
“Di situ kami bertemu Emma, petugas yang menjaga laman sosial mereka dan selepas ianya disiarkan, kami mendapat lebih 50 likes dan semakin bertambah.
“Dia menghubungi kami dan kami bercakap dengannya mengenai semua maklumat perjanjian.
“Ini sebenarnya satu perkara menakjubkan kerana tiada pasukan dari divisyen utama hingga ke kelab amatur yang ada perjanjian seperti ini.
“Ianya mungkin sedikit aneh dan mungkin ada pihak yang akan merasakan ianya satu perkara kontroversi, tapi kita perlu jujur, ini satu kelab amatur dan kami telah melakukan satu perkara yang unik.”
Disebabkan tajaan itu, kelab berkenaan telah menarik perhatian ramai peminat bolasepak dari seluruh dunia sehingga mereka menjual jersi dan t-shirt pasukan mereka secara online. Bahkan ada yang meminta mereka menyiarkan perlawanan mereka secara livestreaming.
Tomorrow morning our team store will be open. So many options to choose from. Can't wait to share the #RedTubeARMY experience. #COYSQ
— Washington Square FC (@WashingtonSqFC) June 5, 2017
Akan tetapi, sebenarnya Washington Square FC bukanlah pasukan pertama yang ditaja oleh laman porno.
Sebelum ini satu pasukan universiti, Rutherford Raiders pernah ditaja oleh laman porno, Pornhub. Tetapi pihak universiti menggantung tajaan tersebut dan menyatakan ianya sangat tidak sesuai.
Jika kelab amatur seperti Washington Square FC mampu mendapat tajaan dari laman Porno yang cukup terkenal, sepatutnya kelab besar tidak boleh ada alasan mereka tidak mampu mencari penaja.
Bagi kelab-kelab amatur pula, ingatlah bahawa tajaan mungkin datang dengan hanya satu idea selepas sesi melepak dan secawan teh tarik di kedai mamak (untuk sesuaikan dengan situasi di Malaysia).
Other posts by Khairul Nizam