Football

Kelab Vietnam naturalisasikan penyerang Argentina

Pemain naturalisasi nampaknya menjadi satu perkara biasa dalam bolasepak Asia Tenggara semenjak dua menjak ini.

Dulu kita ada Singapura dan Indonesia yang mempunyai pemain naturalisasi, sekarang giliran Vietnam mengikut jejak langkah kedua-dua pasukan tersebut untuk memiliki pemain naturalisasi.

Selepas lama menunggu, kelab Vietnam, SHB Danang telah berjaya menukar kewarganegaraan penyerang Argentina mereka, Gaston Merlo. Penyerang berusia 32 tahun itu menukar namanya kepada Do Merlo selepas mendapat kerakyatan Vietnam.

Prosedur penukaran kewarganegaraan Merlo sudah hampir lengkap. Namun, Merlo masih menunggu kad pengenalannya sebelum benar-benar bergelar warganegara Vietnam. Sebaik sahaja dia menerima kad pengenalannya, dia akan mula bermain sebagai pemain naturalisasi.

Pengerusi SHB Danang, Bui Xuan ketika bercakap kepada media Vietnam, Nguoi Lao Dong berkata: “Merlo telah secara rasmi menjadi warganegara Vietnam, tetapi dia masi perlu membuat kad pengenalan baru supaya dia boleh bermain sebagai pemain naturalisasi dan kami akan mengekalkan Eduyson sebagai penyerang dan di masa hadapan, SHB Danang akan bermain dengan dua penyerang import, Britez dan Eydison.”

Dengan Gaston Merlo menukar kewarganegaraannya, slot untuk pemain import bagi pasukan SHB Danang memiliki kekosongan dan Eydison akan menggantikan slot berkenaan.

Adakah Don Merlo akan dipanggil untuk bermain skuad kebangsaan Vietnam? Tiada sebarang berita mengenai itu buat masa ini tetapi jika dia terus mempamerkan aksi hebat bersama pasukannya, tidak mustahil dia akan dipanggil.

Other posts by