Football

VIDEO: Valencia lancar jersi menerusi video dengan elemen Terminator

Nampaknya trend menghasilkan video untuk memperkenal jersi bagi musim terbaru sudah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan pasukan.

Tidak kira pasukan dari Asia atau Eropah, semuanya menggunakan medium video dan juga media sosial untuk melancarkan jersi terbaru mereka untuk tatapan peminat.

Sudah semestinya untuk menjadikan video tersebut menarik, pengarah video tersebut perlu mempunyai idea yang kreatif tetapi turut mempunyai elemen yang berkaitan dengan kelab tersebut.

Kelab Sepanyol, Valencia telah melancarkan jersi terbaru mereka menerusi satu video yang cukup menarik.

Melihat video berkenaan, ia seakan-akan menonton filem Terminator dengan sedikit elemen Power Rangers ketika jersi diperkenal. Apa yang menarik, elemen kelawar yang cukup sinonim dengan kelab Sepanyol itu turut dimasukkan.

Seperti penaja terbaru Valencia, Bold Like Us, video tersebut memang Bold seperti Valencia.

Other posts by