Football

Pasukan Liga Perdana Inggeris berminat dapatkan pemain muda Indonesia

Adakah kita bakal menyaksikan pemain Indonesia pertama beraksi di Liga Perdana Inggeris?

Itulah yang disebut oleh Glenn Walian, bapa kepada pemain bawah 22 Indonesia, Ezra Walian kepada media Indonesia, Kompas.com mengenai masa depan anaknya selepas meninggalkan pasukan muda Ajax, Jong Ajax.

Ezra Walian yang baru mendapat taraf kerakyatan Indonesia selepas beraksi untuk pasukan bawah 22 tahun Indonesia masih menimbangkan untuk menyertai pasukan mana selepas meninggalkan pasukan muda kelab Belanda itu.

Menurut Glenn, buat masa ini mereka sedang berbincang dengan tiga pasukan dari England.

“Satu kelab dari Liga Perdana Inggeris, yang lain adalah dari dvisiyen dua England (Liga Championship).”

Menurut Glenn, apa yang penting bagi mereka sebelum membuat keputusan adalah kelab berkenaan perlu memberi jaminan Ezra akan dapat peluang untuk beraksi dan dia turut menyatakan bahawa tiada masalah untuk Ezra beraksi untuk pasukan bawah 23 tahun.

Glenn turut menyatakan bahawa kelab yang akan disertai Ezra pelua sekurang-kurangnya memberi jaminan anaknya akan dapat beraksi sekurang-kurangnya 20-25 perlawanan setiap musim.

“Di England atau Belanda, kelab akan bermain sebanyak 35 perlawanan setiap musim. Setiap minggu mungkin ada satu atau dua perlawanan.

“Apabila dia dapat bermain di antara 20-25 perlawanan, itu sudah cukup bagus baginya. Apa yang penting, kelab akan menurunkan dia.”

Glenn turut menyatakan bahawa wang tidak akan menjadi penyebab utama untuk memilih kelab baru buat Ezra.

“Kami memilih pasukan bukan kerana wang. Saya sudah ada banyak wang dari perniagaan saya,” kata Glenn lagi.

Other posts by