Football

Legenda Persib kritik aksi Essien dan Cole

Mimpi manis untuk Michael Essien dan Carlton Cole nampaknya telah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Pastinya ramai beranggapan bahawa dua bekas pemain yang beraksi di liga utama Eropah akan mampu menunjukkan aksi cemerlang dalam Liga 1 Indonesia terutamanya apabila hadir sebagai pemain berstatus marquee player.

Namun, selepas tujuh perlawanan berlangsung, dua pemain marquee Persib Bandung ini nampaknya terus bergelut untuk menunjukkan aksi cemerlang untuk kelab mereka.

Penampilan buruk mereka mengundang kritikan dari pelbagai pihak termasuk legenda Persib, Dede Iskandar yang pernah bermain untuk kelab yang bergelar Maung Bandung itu pada era 80-an.

Legenda Persib, Dede Iskandar (Photo Credit: Juara.net)

Dede Iskandar yang pernah bermain di bahagian pertahanan menyatakan bahawa Essien, yang merupakan bekas pemain Chelsea itu hanya sekadar tarikan dalam satu laporan yang disiarkan oleh media Indonesia, Juara.net.

Namun, Dede turut mengakui bahawa kehadiran Essien ke Liga Indonesia berjaya menarik perhatian dunia kepada bolasepak Indonesia dan juga Persib Bandung.

“Kehadiran Essien memang luar biasa. Sekurang-kurangnya, Persib dan bolasepak Indonesia semakin terkenal di pentas antarabangsa,” kata Dede kepada Juara pada hari Rabu lalu.

Walaupun memuji kehadiran Essien yang menaikkan populariti bolasepak Indonesia, kritikan terhadap penampilan pemain Ghana itu turut disebut oleh Dede.

“Persembahan pemain ini (Essien) untuk bahagian tengah Persib hingga sekarang tidak kelihatan menonjol.

“Liga sudah berlangsung selama hampir dua bulan, semua bobotoh (penyokong) Persib pasti berharap Essien akan segera menunjukkan kehebatannya.”

Akan tetapi, kritikan Dede terhadap Cole lebih keras.

“Kalau Carlton Cole, saya rasa memang tak boleh diharapkan lagi.”

Cole masih gagal menjaringkan gol untuk Persib Bandung dan bekas pemain West Ham itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding bermula dalam kesebelasan utama dalam perlawanan .

Other posts by