Football

Indonesia rancang lawan Newcastle United pada bulan puasa

Nampaknya Indonesia terpaksa mencari pasukan dan tarikh lain untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Ini berlaku selepas perlawanan mereka melawan Argentina yang dirancang tidak dapat berlangsung. Disebabkan itu tetap perlu mengadakan perlawanan persahabatan lain sebagai persiapan pasukan mereka untuk ke Sukan SEA pada bulan Ogos ini.

Disebabkan Indonesia sukar mencari lawan dari negara-negara ekoran kebanyakan negara sedang sibuk dengan perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia, mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab dari luar.

Indonesia vs Newcastle United

Antara pasukan yang disebut bakal menentang skuad kendalian Luis Milla ini adalah kelab yang baru naik ke Liga Perdana Inggeris, Newcastle United yang dibimbing Rafael Benitez.

Namun perlawanan persahabatan menentang kelab yang beraksi di liga Championship pada musim ini masih belum dipastikan.

Pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Gede Widiade tidak membantah jika benar skuad Garuda akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Newcastle United.

Apa yang Gede mahukan adalah perlawanan persahabatan tersebut akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Memetik kenyataan Gede di Tribunnews, dia menyatakan bahawa selain Newcastle, terdapat juga kelab lain yang mereka sasarkan untuk diadakan perlawanan persahabatan.

“Kami masih mencari, tolong bantu saya., saya akan siapkan di mana kita akan bermain.

”Saya tidak kisah untuk bermain menentang kelab Australia, tidak kisah pasukan mana dan mungkin juga kelab Stefano Lilipaly.”

Lawan pada bulan puasa

Perlawanan persahabatan tersebut dirancang akan diadakan pada bulan Jun 2017, iaitu pada bulan puasa. Gede merancang mengadakan perlawanan tersebut selepas Solat Terawih.

Pengurus yang berasal dari Surabaya itu turut pening disebabkan kesukaran untuk mendapatkan stesen television yang akan menyiarkan perlawanan tersebut kerana kebiasaannya kebanyakan stesen tv sudah mempunyai rancangan khas mereka sempena Ramadhan.

Selain itu, Gede turut menyatakan bahawa perlawanan persahabatan itu akan diadakan di Bali kerana mereka mahu memperkenal Bali sebagai sebahagian dari Indonesia.

“Adakah orang luar tau Bali itu Indonesia? Kali di Bali kita sudah jimat, jadi kalau mereka mahu bercuti juga mudah. Kan kita mahu memperkenal bolasepak Indonesia kepada pelancong luar.”

 

Other posts by