Siapa sangka dahulu hanya sekadar permainan untuk mengisi masa lapang akan menjadi satu sukan yang serius? Kini berita baik lagi untuk penggemar e-sports, kerana ia akan menjadi satu sukan yang dipertandingkan di kejohanan sukan dan diberi pingat!
Menurut laporan BBC, E-Sports akan disenaraikan sebagai salah satu acara sukan rasmi di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Akan bermula tahun ini
Majlis Olimpik Asia (OCA) berkata bahawa mereka mahu ia menggambarkan “ perkembangan pantas dan populariti penyertaan sukan baru.”
Permainan video secara kompetitif akan turut disertakan sebagai satu sukan pertunjukan di Sukan Asia 2018 yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia nanti.
Sebagai permulaan, e-sports akan diperkenal di Sukan Dalam Dewan Asia dan Seni Bela Diri (AIMAG) di Turkmenistan pada tahun ini.
Selain FIFA 2017, pemain adi AIMAG akan bersaing dalam permainan bergenre MOBA (Multiplayer Online Battel Arena) dan RTA (Real Time Attack).
Keputusan ini diambil ekoran kerjasama Alisports, bahagian sukan gergasi e-perdagangan dunia, Alibaba dan Majlis Olimpik Asia (OCA).
Hadiah wang
E-Sports setakat 2016 telah berjaya mengumpul keuntungan sebanyak 493 juta USD dengan penyertaan seramai 320 juta orang di seluruh dunia.
Keuntungan e-sports dijangka akan meningkat ke 696 juta YSD dengan 15% dari peningkatan itu dijangka hasil daripada China sahaja, menurut penganalisis e-sport, Newzoo.
Pasukan yang menjuarai kejohanan e-sport terbesar dunia, Kejohanan Dunia League of Legends, merangkul hadiah wang tunai berjumlah 1 juta USD pada tahun lalu.
Ketika jutaan penonton menyaksikan perlawan tersebut secara online, kejohanan tersebut berlangsung di hadapan puluhan ribu penonton yang meminati e-sports.
Pada tahun 2014, lebih 40,000 orang hadir untuk menyaksikan dan menyokong pasukan kegemaran mereka di peringkat akhir Kejohanan Dunia League of Legends ketika ia diadakan di Seoul, Korea Selatan.
Other posts by Khairul Nizam