Football

Essien, Cole digantung sementara kerana tiada permit kerja

Pihak berkuasa Indonesia pada hari Selasa telah menggantung Michael Essien dan Carlton Cole dari bermain sehingga mereka menerima permit berkerja selepas kelab mereka, Persib Bandung, tidak memperoleh dokumen yang diperlukan untuk dua bekas bintang Liga Perdana Inggeris itu.

Essien dan Cole adalah dua pemain berstatus ‘marquee player’’ yang ditandatangani oleh Persib dan menjadi sebutan dalam bolasepak Indonesia selepas bangkit semula ekoran penggantungan FIFA.

Malangnya kedua-dua pemain berkenaan didapati tidak mempunyai permit kerja yang sewajarnya.

Tidak sempat siapkan permit

Persib mengakui bahawa mereka tidak sempat menyiapkan permohonan kedua-dua pemain berkenaan sebelum penampilan pertama mereka dalam liga baru Indonesia iaitu Liga 1 pada hujung minggu lalu.

Selepas memanggil kedua-dua pemain berkenaan dan pihak pengurusan Persib Bandung untuk disoal, pihak imigresen telah mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa bahawa dua pemain berkenaan tidak boleh bermain sehingga memperoleh permit.

Menurut ketua imigresen Bandung seperti dipetik dari laporan Sport 24, dia berkata: “Hari ini kami memberi amaran keras kepada Persib dalam bentuk surat yang menyatakan bahawa selagi Persib tidak menyiapkan permit, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pekerja, kami akan menggantung Essien dan Cole daripada bermain.”

PSSI akan bantu dapatkan permit

Setiuasaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Joko Driyono menyatakan bahawa pihak mereka akan membantu Persib mendapatkan dokumen yang diperlukan.

Buat masa ini, Persib akan mematuhi penggantungan tersebut. Mereka turut menyatakan bahawa PSSI dan penganjur liga memberikan kebenaran untuk kedua pemain itu beraksi pada hujung minggu lalu walaupun kedua-dua pemain itu belum memiliki permit kerja.

Driyono berkata, PSSI telah memberi kebenaran kepada Persib untuk menurunkan Essien dan Cole kerana proses mendapatkan permit tidak mudah dan susah didapatkan dalam tempoh masa yang sekejap.

Pengurus Persib, Umuh Muchtar menuduh agensi sukan, yang melaporkan diri kepada kerajaan dan memantau pemain asing di dalam negara, sudah melampau.

“Mereka ke sini untuk memberikan kegembiraan kepada kita, mereka mahu menaikkan nama Indonesia di mata dunia,” kata Umuh seperti dilaporkan Sports 24.

“Semua orang tahu bahawa Essien adalah pemain berkelas dunia dan bukan pendatang tanpa izin.”

Other posts by