Seperti diketahui, Indonesia sedang berusaha mencari bakat-bakat di Eropah Timur yang mempunyai darah Indonesia untuk menyarung jersi kebangsaan Indonesia.
Melihat kepada kejayaan Stefano Lilipaly dan kehadiran Ezra Walian ke dalam skuad Indonesia, Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia telah menyenaraikan 22 pemain berdarah Indonesia yang sedang beraksi di kelab-kelab Belanda.
Joey Suk berminat wakil Indonesia
Antaranya adalah pemain Go Ahead Eagles, Joey Suk yang membuka peluangnya untuk memperkuat pasukan kebangsaan Indonesia.
Joey Suk memberi respon setelah namanya tersenarai dalam 24 pemain berbakat berketurunan Indonesia yang sedang beraksi di Eropah Barat. Senarai pemain itu adalah hasil kerjasama Kementerian Pemuda dan Olahraga dan Kementerian Luar Negeri Indonesia yang dibantu Perwakilan Indonesia di setiap negara terlibat.
Menurut Joey seperti dilaporkan oleh Kompas.com: “ Itu berita baik. Saya pastinya bersedia untuk membantu pasukan kebangsaan. Tetapi saya mahu berbincang lagi (dengan PSSI).”
Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah mula berbincang dengan Joey Suk di antara Mac hingga April 2011. Ketika itu dia dikaitkan untuk menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) bersama Diego Michiels dan Ruben Wuarbanaran.
Ketika itu, Diego dan Ruben berjaya dibantu untuk menjadi WNI, tetapi Joey Suk menangguhkan perkara tersebut ekoran konflik yang sedang melanda PSSi ketika itu.
Belum ada sebarang komunikasi
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, buat masa ini tiada sebarang komunikasi berlaku walaupun namanya kembali tersenarai di antara bakal pemain naturalisasi.
“Tiada sebarang perhubungan lagi untuk sekarang,” kata Joey.
Joey, yang bermain di posisi tengah telah beraksi dalam 38 perlawanan Eredivisie bersama NAC Breda dan Go Ahead Eagles.
Setakat ini dia berjaya menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol.
Selain Joey Suk, pemain bakal naturalisasi lain yang sedang beraksi di Eredivisie adalah Kenny Tete (Ajax Amsterdam), Thom Haye (Willem II), Jeffrey Leiwakabessy (NEC Nijmegen), Tom Hiariej (FC Groningen), Kevin Dicks (Vitesse), Calvin Verdonk (PEC Zwolle), Lewi Opdam (AZ Alkmaar), dan Joey Pelupessy (Heracles Almelo).
Other posts by Khairul Nizam