Indonesia terus berusaha keras untuk menaikkan semula bolasepak mereka selepas bebas dari penggantungan FIFA.
Antara yang dilakukan mereka adalah mencari pemain berdarah Indonesia di luar negara, terutamanya pemain muda bagi mewakili skuad kebangsaan mereka.
24 pemain disenaraikan
Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia telah mengeluarkan senarai 24 pemain bolasepak berketurunan Indonesia yang sedang bermain di Eropah pada hari Selasa.
Turut berada di dalam senarai itu adalah dua pemain yang sudahmendapat kewarganegaraan dan menyarung jersi Indonesia iaitu Stefano Lilipaly dan Ezra Walian. Bersama mereka ada 22 pemain baru yang akan dinaturalisasikan oleh Indonesia.
Antaranya adalah rakan sepasukan Lilipaly di SC Cambuur, Matthew Steenvoorden dan dua pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Jairo Riedewald dan Kenny Tete.
Namun, mungkin Indonesia tidak dapat menggunakan khidmat Tete kerana pemain tersebut pernah bermain untuk Belanda di perlawanan rasmi.
Dari empat penampilan Tete untuk Belanda, dua daripadanya adalah perlawanan Kelayakan Piala Eropah menentang Kazakshtan dan Repupblik Czech pada Oktober 2015 yang lalu.
Jika pemain tersebut sekadar bermain di perlawanan persahabatan antarabangsa dan bukan perlawanan rasmi, pastinya tiada masalah untuk dia menukar kewarganegaraan. Contohnya seperti Diego Costa yang menukar kewarganegaraan Brazil ke Sepanyol dan Wilfred Zaha yang menukar kewarganegaraan England ke Ivory Coast.
Kerjasama dua kementerian
Senarai 24 pemain itu merupakan hasil kerjasama Kementerian Belia dan Olahraga bersama Kementerian Luar Negeri Indonesia. Kementerian Luar Negeri dibantu oleh wakil Indonesia di beberapa negara Eropah barat. Tindakan selanjutnya untuk memanggil pemain mewakili Indonesia akan diserahkan kepada Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Menurut setiausaha Menteri Belia dan Olahraga, Gatot S Dewa Broto: “ Selain itu, mereka masih perlu disahkan bersedia atau tidak untuk bermain dengan skuad kebangsaan Indonesia, kerana tugas perwakilan Indonesia di Eropah hanyalah memberikan data.”
24 pemain tersebut adalah:
- Joey Suk (Go Ahead Eagles)
- Sandy Walsh (KRC Genk)
- Jeffrey Rijsdijk (Almere City)
- Gaston Salasiwa (Almere City)
- Kenny Anderson (RKC Waalwijk)
- Navarone Foor (Vitesse)
- Benjamin van Leer (Roda JC)
- Ard van Peppen (Roda JC)
- Ezra Walian (Jong Ajax) *
- Jairo Riedewald (Ajax Amsterdam)
- Kenny Tete (Ajax Amsterdam)
- Keziah Veendorp (FC Groningen)
- Thom Haye (Willem II)
- Mark van der Maarel (FC Utrecht)
- Jeffrey Leiwakabessy (NEC)
- Tom Hiariej (FC Groningen)
- Kevin Dicks (Vitesse)
- Calvin Verdonk (PEC Zwolle)
- Lewi Opdam (AZ Alkmaar)
- Matthew Steenvoorden (SC Cambuur)
- Stefano Lilipaly (SC Cambuur) *
- Joey Pelupessy (Heracles Almelo)
- Jordy Tutuarima (SC Telstar)
- Darren Sidoel (Ajax Amsterdam U-19)
*sudah menukar kewarganegaraan Indonesia dan bermain untuk skuad kebangsaan Indonesia
Other posts by Khairul Nizam