Football

Semen Padang mahu dapatkan marquee player

Nampaknya satu demi satu kelab Liga Indonesia mula bercita-cita mendapatkan pemain berstatus “marquee player” menjelang sepak mula Liga 1 Indonesia pada bulan ini.

Selepas Persib Bandung dan Madura United, kelab-kelab lain mula aktif mencari pemain bintang dan kita mungkin akan melihat pemain yang sama hebat dan terkenal seperti Michael Essien, Carlton Cole dan Peter Odemwingie di Indonesia.

Semen Padang cari marquee player

Pengurusan Semen Padang mengakui serius dan merancang untuk membawa pemain berstatus marquee player. Keputusan itu diambil selepas seorang pemain import mereka, Ko Jae-sung mengalami kecederaan.

Setakat ini mereka sedang melihat tiga pemain. Ketiga-tiga pemain dikatakan pernah bermain di Piala Dunia dan kelab Eropah ternama sebelum ini. Tanpa menyebut nama, tiga pemain berkenaan dikatakan berasal dari Afrika dan Eropah.

Salah satu nama yang pernah disebut sebelum ini adalah bekas pemain Totteham Hotspur, Wilson Palacios.

Menurut CEO Semen Padang, Daconi seperti dipetik dari laman web Juara.net: “Ya, ada tiga pemain yang kami berminat. Ketiga-tiganya pernah bermain di Piala Dunia. Dua orang berasal dari Afrika dan seorang lagi dari Eropah. Tetapi nama dan maklumat lain, tunggu dulu. Kami masih dalam proses perbincangan dengan mereka.”

Cuba bersaing di Liga 1

Dia turut menyatakan bahawa pihak pengurusan masih sedang melihat pemain mana yang sesuai dengan keperluan pasukan.

Menurut Dacona lagi, pihak pengurusan sudah menyedari bahawa tidak sempat untuk mereka mencari pemain tempatan yang berkualiti.

Dacona turut menyatakan segala perbelanjaan akan mengikut kewangan pasukan dan mereka menyedari bahawa Semen Padang tidak mampu bersaing dengan skuad yang kecil dalam Liga 1 tidak lama lagi.

“Ya mudah, mudahan semuanya lancar. Yang penting kehendak pasukan dipenuhi, dengan harapan bila liga sudah bermulan nanti kami mampu bersaing dengan mana-mana pasukan,” tambah Daconi.

Other posts by