Football

Bintang Serie A rayu hentikan serangan di Syria

Pemain bolasepak sebenarnya bukan sekadar bermain bolasepak. Mereka mampu menyebarkan mesej-mesej keamanan.

Mereka sebenarnya mampu menjadi suara bagi seluruh masyarakat. Jika mereka menyedari betapa besarnya peranan mereka dalam masyarakat, mereka mampu mengubah senario dunia masa kini.

Kita pernah melihat bagaimana pemain-pemain bolasepak seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang menyebarkan kempen keamaan dan anti keganasan menerusi laman media sosial mereka, dan pastinya ianya akan menjadi lebih baik jika lebih ramai boleh berbuat demikian.

Dybala menentang peperangan

Pemain Juventus dan Argentina, Paulo Dybala telah membuat pendirian untuk menentang peperangan di Syria yang telah mengorbankan begitu ramai nyawa yang tidak bersalah.

Pemain berusia 23 tahun itu telah merayu untuk menamatkan segala bentuk keganasan di Syria menerusi laman Instagramnya. Dia menyebarkan mesej tersebut di Instagramnya beberapa hari selepas 85 orang terkorban akibat serangan kimia di Syria. Amerika Syarikat telah membalas serangan berkenaan dengan melancarkan serangan udara yang juga telah mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat kanak-kanak.

Dybala menyuarakan perkara berkenaan di laman Instagramnya selepas kemenangan 2-0 Juventus ke atas Chievo Verona.

Totti guna hashtag #EveryChildisMyChild

Ramai lagi bintang dan bekas pemain di Serie A turut berkongsi pendapat yang sama dengan Paulo Dybala.

Antaranya adalah bintang dan kapten AS Roma, Francesco Totti.

https://www.instagram.com/p/BSlEXscjF-z/

Bekas pemain Itali itu turut menggunakan media sosialnya untuk menyuarakan permintaan untuk hentikan peperangan. Totti menggunakan laman Instagramnya untuk meminta peperangan di Syria dihentikan menerusi hashtag #EveryChildisMyChild dan #StopWarCrimes

Selain Totti, turut menyertai kempen tersebut adalah bekas pemain Itali, Gianluca Zambrotta, pemain Lazio Ciro Immobile dan ramai lagi.

Kesimpulan

Peperangan sememangnya tidak menguntungkan sesiapa.

Peranan pemain bolasepak terkenal dunia untuk menyuarakan bantahan terhadap perkara ini sememangnya diperlukan.

Menerusi pengaruh mereka dalam sukan bolasepak yang merupakan sukan No.1 dunia, pastinya ramai akan turut serta membantah peperangan di Syria.

Mungkin pemain bolasepak tempatan seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Fakri Saarani juga boleh membuat perkara yang sama dan menyuarakan bantahan mereka?

Other posts by