Football

Indonesia lawan Argentina pada 13 Jun nanti

Perlawanan persahabatan antarabangsa adalah masa sesuai untuk seorang jurulatih menguji kekuatan dan taktikal pasukannya.

Di saat kita sering melihat Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan seperti Filipina, Hong Kong dan Singapura, Indonesia nampaknya mencari pasukan-pasukan gergasi dunia untuk diadakan perlawanan persahabatan.

Jika sebelum ini, Indonesia pernah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Belanda, kini mereka diadualkan akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan terhebat dunia.

Indonesia vs Argentina

Pasukan kebangsaan Indonesia dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 13 Jun 2017 dan dikhabarkan berlangsung di Indonesia.

Perlawanan persahabatan ini akan dibantu oleh promoter. Menurut Timbalan Setiausaha Agung Bahagian Bola Sepak Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Fanny Riawan, PSSI telah menerima surat berkenaan perlawanan ini.

Ketika menjawab soalan wartawan di Stadium Atang Sutresna, Cijantung semalam, Fanny berkata: “Kami mahu memeriksa maklumat jika kami boleh menurunkan skuad bawah 22 bercampur pemain senior untuk perlawanan menentang Argentina ini.”

Fanny juga menyatakan bahawa dia telah berbincang dengan jurulatih Indonesia, Luis Milla berkenaan perlawanan persahabatan menentang Argentina itu.

“Menurut surat yang kami terima, Argentina akan menurunkan pasukan senior mereka,” kata Fanny lagi.

Peluang untuk Indonesia uji kekuatan

Sebelum menentang Indonesia, Lionel Messi dan rakan sepasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Brazil di Melbourne Cricket Ground pada 9 Jun.

Pastinya ini satu berita gembira buat Luis Milla dan anak buahnya yang pastinya teruja untuk mengadu kekuatan menentang pasukan yang dibarisi pemain hebat dunia seperti Lionel Messi, Angel Di Maria, Paulo Dybala dan ramai lagi.

Setakat ini Luis Milla hanya mampu mempersiap pasukannya untuk Sukan SEA 2017 dengan menentang kelab-kelab tempatan selepas mengetahui bahawa Indonesia tidak akan beraksi dalam acara bolasepak Sukan Solidariti Islam.

Peluang untuk bermain melawan pasukan seperti Argentina ini perlu diambil sebaik mungkin oleh Evan Dimas dan rakan-rakannya bagi mempersiap diri mereka. Pastinya ia akan menjadi tugas sukar terutama melihat aksi skuad garuda dalam perlawanan persahabatan menentang Myanmar yang lalu.

Other posts by