Football

Saga berakhir, Odemwingie akhirnya sah sertai Madura United

Sekejap dikatakan akan sertai Madura United, tiba-tiba ada ura-ura mengatakan akan menyertai kelab lain di Liga Indonesia.

Selepas Michael Essien dan Carlton Cole, bekas pemain Stoke City, Peter Odemwingie merupakan ‘Marquee Player’ ketiga yang menyertai Liga Indonesia dan pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Odemwingie sertai Madura United

Selepas meninggalkan Rotherham pada Januari lalu, Peter Odemwingie apabila kontrak jangka masa pendeknya berakhir, pemain tersebut akhirnya menyertai Madura United yang akan beraksi di Liga 1 Indonesia.

Odemwingie menandatangani kontrak untuk menyertai Madura United selama satu musim selepas melepasi ujian kesihatan.

“Pagi tadi telah dilakukan ujian kesihatan. Keputusannya baik. Bahkan, sangat baik. Setelah mengetahui keputusannya, kami terus menawarkan kontrak,” kata pengurus Madura United, Haruna Sumitro kepada Bola.com.

Haruna turut menyatakan bahawa pihak pengurusan akan memanfaatkan sumbangan penaja dalam mendapatkan Marquee player untuk tidak membebankan pengurusan Madura United.

Dua penaja yang akan membantu membiayai kos Peter Odemwingie sepanjang dia berada di Madura United adalah Torabika dan juga Pool Advista.

Proses bagi mendapatkan pemain yang pernah beraksi untuk West Brom ini agak panjang dan penuh cabaran buat pengurusan Madura United. Sebelum ini Odemwingie sudah menandatangani pra-kontrak, namun tiba-tiba ada khabar angin bahawa ada kelab lain berminat dengan Odemwingie.

Namun, setelah ada penjelasan mengenai kontrak bersama pengurusan Madura United, akhirnya bekas pemain kebangsaan Nigeria itu menyertai pasukan yang beraksi di Stadium Pemelingan Pamekasan itu.

Odemwingie gembira sertai Madura United

Peter Odemwingie menyatakan bahawa dia gembira menjadi sebahagian dari skuad Madura United walaupun sudah berada di penghujung kerjayanya.

“Saya sudah berusia 35 tahun. Saya mahu bermain bersama kelab yang kecil tetapi memberi sumbangan besar, bukan bermain dengan kelab besar, tetapi sumbangan kecil.”

Walaupun berjaya mendapatkan pemain berstatus Marquee player seperti Peter Odemwingie, pengurusan Madura United tidak mahu meletakkan sasaran terlampau tinggi menjelang sepak mula Liga 1 tidak lama lagi.

“Buat masa ini sudah ada sembilan penaja yang berkerjasama dengan kami. Jika prestasi kami bagus, pastinya lebih ramai penaja akan berminat. Jika ditanya sasaran kami, kami ingin Madura United menamatkan saingan di tempat ketiga,” kata Presiden Madura United, Achsanul Qosasih.

Other posts by