Football

Wan Kuzain Wan Kamal bantu pasukan menang perlawanan pertama Liga Amerika Syarikat

Pemain muda berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal telah membantu pasukannya Swope Park Rangers menewaskan OKC Energy FC 3-1 pada hari Sabtu di Swope Soccer Village.

SPR menang 3-1

Daniel Salloi menjaringkan satu gol dan membuat bantuan gol untuk Swope Park Rangers.

Dengan perlawanan terikat 1-1 pada minit ke-62, Salloi membuat hantaran ke belakang pertahanan OKC dan Latif Blessing memberi gol kedua buat SPR. Dan menewaskan penjaga gol OKC Cody Laurendi.

Sembilan minit kemudian, giliran Salloi pula menjaringkan gol apabila menerima hantaran bekas pemain Energy FC, Christian Duke dan memberikan kelebihan 3-1 buat pasukannya.

Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama Energy FC di Swope Soccer Village, selepas menang 2-0 pada musim lalu di tempat yang sama.

Wan Kuzain pemain kedua termuda dalam kesebelasan utama

Photo credit: Youtube

Wan Kuzain Wan Kamal adalah salah seorang dari empat pemain remaja Amerika Syarikat dan berasal dari akademi Sporting KC yang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Turut bersama Wan Kuzain adalah Max Rugova, Felipe Hernandez dan Will Little.

Wan Kuzain menjadi pemain kedua yang beraksi dalam kesebelasan utama dengan kontrak akademi. Dia juga merupakan pemain kedua termuda berada dalam kesebelasan utama SPR.

Ini merupakan musim kedua SPR selepas ditubuhkan pada musim lalu dan mereka beraksi di United Soccer League, liga divisyen kedua bolasepak Amerika Syarikat dan Kanada. Bagi musim 2017, liga tersebut menyaksikan persaingan 30 buah pasukan selepas Tampa Bay Rowdies, Ottawa Fury FC dan Reno 1868 FC menyertai liga tersebut. Perlawanan terakhir USL akan berlangsung pada 15 Oktober.

Pada musim lalu SPR berjaya menang lima perlawanan berturut untuk membawa mereka ke perlawana akhir Piala USL.

Kesimpulan

Melihat kepada perkembangan Wan Kuzain di Amerika Syarikat, pastinya sukar buat Malaysia untuk memanggilnya untuk menyarung jersi kebangsaan.

Bakat istimewa yang dimiliki pemain tersebut telah menarik minat Amerika Syarikat dan melihat kepada prospek Amerika Syarikat yang kerap beraksi di Piala Dunia, pastinya Wan Kuzain lebih tertarik untuk mewakili mereka.

Satu kerugian buat Malaysia, namun untuk perkembangan kerjaya Wan Kuzain, pastinya lebih baik untuk dia memilih menyarung jersi putih biru Amerika Syarikat berbanding jersi hitam kuning Malaysia.

Mungkin dengan FAM di bawah pimpinan presiden baru, Malaysia akan bertambah baik dan mungkin hati Wan Kuzain akan terbuka untuk menjadi sebahagian skuad Harimau Malaya.

Other posts by