Adakah persoalan siapa bakal Presiden FAM sudah terjawab?
Nampaknya pertembungan dua penjuru di antara TMJ dan Tan Sri Annuar Musa tidak akan berlaku pada 25 Mac ini.
Tan Sri Annuar Musa tarik diri
Hari ini, di lobi Parlimen Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa dia menarik diri dari bertanding jawatan presiden FAM di Pemilihan FAM yang akan berlangsung pada 25 Mac ini.
Tan Sri Annuar Musa turut mengeluarkan kenyataan di laman Facebook peribadinya mengenai mengapa dia menarik diri dari bertanding jawatan Presiden FAM.
Dalam kenyataan tersebut, Tan Sri Annuar Musa menyebut antara sebab dia menarik diri adalah untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan atau pertikaian berlaku.
“Muttakhir ini kedengaran juga tuduhan bahawa saya akan menang kerana YB Khairy Jamaluddin mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja tidak benar tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan.Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan
“Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan adalah penting FAM untuk mempunyai barisan exco yang berwibawa serta mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan dan semua pemegang saham yang lain. Barisan pengurusan yang bakal dipilih mesti memulakan tugas dengan mendapat sokongan semua pihak.”
“Tiada gunanya kalau rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi…atau mandat pihak yang menang dipertikai,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan yang lebih baik dari keadaan sedia ada. Malah kita seolah undur kebelakang “from bad to worse”.
Puji komitmen TMJ
Selain itu, Tan Sri Annuar Musa turut memuji komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh TMJ dan berharap perubahan serta kemajuan yang dinanti dalam FAM akan terjadi di bawah pimpinan TMJ.
“Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda.
“Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang tanpa bertanding.Hari ini saya tunaikan janji itu.”
Kesimpulan
Dengan ini, maka seharusnya terjawab sudah persoalan siapakah bakal Presiden FAM yang baru.
Jika tiada sebarang drama yang berlaku, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan memegang tampuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia.
Berdasarkan manifesto yang dibentangkan oleh TMJ, pastinya penyokong bolasepak Malaysia boleh mengharapkan perubahan drastic dalam FAM yang sememangnya dinanti-nantikan.
Semoga ahli jawatankuasa di bawah TMJ nanti juga akan terdiri dari individu yang benar-benar cintakan bolasepak Malaysia.
Other posts by Khairul Nizam