Football

Arema muncul juara Piala Presiden 2017

Perlawanan penentuan piala Indonesia berlangsung dengan pertemuan dua pasukan yang menunjukkan semangat juang tinggi bagi merebut trofi pertama musim ini.

Christian Gonzales menjaringkan hatrik bagi membantu Arema FC menjulang trofi Piala Presiden 2017 membenam Pusamania Borneo 5-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada hari Ahad di Stadium Pakansari, Bogor itu.

Arema bermula garang

Arema bermula garang pada babak pertama, apabila menunjukkan taring mereka dengan jaringan Hanif Sjahbandi yang menewaskan Wawan Hendrawan di gawang Pusamania pada minit ke-30.

Pasukan yang terkenal dengan julukan Singo Edan itu menjaringkan gol kedua mereka menerusi jaringan sendiri pemain Pusamania, Michael Orah pada minit ke-37.

Tidak memperlahankan permainan, Arema terus gila menjaringkan gol, apabila penjaring terbanyak mereka Cristian Gonzales pula yang menjaringkan gol pada minit ke-42 untuk menutup babak pertama dengan kelebihan 3-0.

Gonzales lengkapkan hatrik

Pada babak kedua, Cristian Gonzales menambah jumlah jaringannya apabila melakukan hatrik pada minit ke-53 dan 64 sekaligus meranapkan impian Pusamania untuk bangkit semula dalam perlawanan tersebut.

Pemain Pusamania, Firli Apriansyah menjaringkan gol saguhati buat pasukan berpengkalan di Boreno itu pada minit ke-69 menerusi tandukan yang membolosi gawang Arema.

Pemain Arema rangkul anugerah pemain terbaik

Selain menjulang trofi Piala Presiden 2017, pemain Arema, Adam Alis turut terpilih sebagai pemain terbaik Piala Presiden 2017.

Bekas pemain Bawah 23 tahun Indonesia itu menewaskan sembilan calon lain iaitu Esteban Vizcarra, Cristian Gonzales (Arema), Dirkir Glay, Kunihiro Yamashita, Reinaldo da Costa (Pusamania Borneo FC), Atep Shoheoi Mastunaga ( Persib Bandung), Marcel Sacramento dan Vendry Mofu (Semen Padang).

Adam Alis menjadi wira buat Arema mara ke peringkat separuh akhir apabila jaringan tunggalnya membantu pasukan berpengkalan dari Malang itu menewaskan Sriwijaya FC.

Sementara itu, Persib Bandung juga memenangi dua anugerah dalam saingan Piala Presiden 2017 apabila pemain sayap muda mereka, Febri Hariyadi memenangi anugerah pemain muda terbaik Piala Presiden 2017 serta penyokong Persib yang digelar Bobotoh memenangi anugerah penyokong terbaik.

Anugerah Fair Play Piala Presiden 2017 pula dimenangi oleh Madura United.

Other posts by