Football

Luis Milla pantau pemain muda Indonesia di aksi final Piala Presiden

Menyaksikan perlawanan liga dan piala tempatan merupakan cara yang bagus bagi seorang jurulatih pasukan kebangsaan mencari pemain baru atau memantau pemain sedia ada dalam pasukan kebangsaan.

Dengan melihat pemain bermain di perlawanan akhir piala terutamannya, seorang jurulatih dapat melihat bagaimana pemain bermain sambil berdepan dengan tekanan.

Luis Milla akan saksikan final Piala Presiden

Jurulatih pasukan bawah 22 tahun Indonesia, Luis Milla dijadualkan akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Presiden 2017 yang akan berlangsung di Stadium Pakansari di Bogor pada hari Ahad ini.

Milla akan menyaksikan dua perlawanan yang akan berlangsung pada hari itu, iaitu penentuan tempat ketiga di antara Persib Bandung dan Semen Padang serta perlawanan kemuncak yang menemukan Arema FC menentang Pusamania Borneo FC.

“Ya, saya akan menonton final Piala Presiden nanti,” kata Luis Milla kepada Bola.com.

Saksikan pemain muda

Milla akan turun menyaksikan dua perlawanan tersebut bagi memantau aksi pemain muda yang pernah dipanggil untuk pemilihan skuad bawah 22 tahun Indonesia.

Tiga pemain akan bermain untuk Persib Bandung iaitu Febri Hariyadi, Gian Zola Nasrulloh dan Henhen Herdiana. Bagi Arema FC pula adalah Bagas Adi Nugroho, Hanif Sjahbandi dan Nasir. Seorang lagi pemain bawah 22 yang akan beraksi nanti adalah pemain sayap Pusamania Borneo FC , Terens Puhiri.

Namun, Bagas berkemungkinan tidak akan beraksi pada hari Ahad ini disebabkan mengalamai kecederaan bukulali.

Peraturan Piala Presiden mudahkan Milla

Tugas Milla menjadi mudah untuk memantau atau mencari pemain dalam saingan Piala Presiden kerana peraturan yang ditetapkan.

Dalam kejohanan Piala Presiden ini, setiap pemain perlu menurunkan lima pemain bawah 22 tahun dalam daftar pemain dengan tiga pemain perlu berada dalam kesebelasan utama dan bermain sekurang-kurangnya 45 minit.

Namun, walaupun memiliki kelebihan dari segi jumlah pemain yang ramai, Luis Milla mengakui bukan mudah untuknya memilih 25 pemain yang akan menyertai skuad akhir bawah 22 tahun Indonesia.

“Susah untuk saya membuat keputusan memilih 25 dari 40 pemain, kerana kemampuan mereka lebih kurang sama.”

Other posts by