Football

Pemerintah Jakarta bantu Persija bangunkan pemain muda

Bagaimana untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja dan kanak-kanak? Bolasepak jawapannya.

Tanpa kita sedari, bolasepak bukan sekadar sukan semata-mata. Ia mampu mendidik golongan muda terutamanya kanak-kanak banyak perkara antaranya kerjasama dan disiplin.

Oleh sebab itu, pemerintah bandar terbesar Indonesia, Jakarta, mahu melakukan sesuatu bagi membantu anak-anak muda Jakarta serta membantu kelab yang berpengkalan di ibu negara Indonesia itu.

Apa yang mereka buat?

Pemerintah Jakarta akan terlibat untuk membangunkan pasukan bolasepak Persija Jakarta dengan berkerjasama dengan pemain muda menerusi pasukan remaja kelab berkenaan itu.

Menurut Timbalan Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat seperti dipetik dari tribunnews.com: “Kami akan mempunyai pemain bolasepak berbakat yang dilatih oleh kami sendiri di masa hadapan.”

Djarot menambah bahawa kelab berkenaan akan menarik pemain berusia di antara 10-21 tahun untuk berlatih bersama mereka dalam kategor berbeza seperti bawah 10 tahun dan bawah 17 tahun.

Pengambilan dan pembangunan pemain muda ini akan membantu pemain tempatan untuk bermain bolasepak secara profesional.

Apa lagi perancangan mereka?

Sebelum ini, Djarot pernah merancang untuk menambah baik padang bolasepak di 34 daerah untuk kegunaan aktiviti di kalangan remaja yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk selain bolasepak.

Dia berharap apabila penambahbaikan itu sudah selesai, padang-padang tersebut itu boleh menjadi pusat untuk aktiviti remaja yang akan membatnu menghalang mereka daripada terlibat dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi.

Bolasepak remaja

Sebenarnya pembangunan bolasepak remaja dan akademi bolasepak perlu dijadikan inisiatif bersama. Setiap pasukan dan kelab wajar mempunyai program pembangunan pemain remaja mereka sendiri. Ini akan membantu mereka dalam membangunkan pemain remaja yang mampu menjadi bintang buat mereka sendiri.

Selain itu, komuniti juga boleh terlibat dalam aktiviti ini. Akademi-akademi di kawasan perumahan boleh menjadi satu aktiviti sihat dan untuk mengenali sesama jiran mereka sendiri. Ia juga mampu membantu menambah jumlah

Other posts by