Badminton

Nasib Chong Wei ditentukan minggu depan – Hendrawan

Tunggu minggu depan. Itu detik penentu sama ada bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan beraksi di Kejohanan Seluruh England (All England) atau tidak.

Apa yang berlaku?

Pemain nombor satu dunia itu yang mengalami kecederaan di ligamen lutut kiri masih menjalani proses pemulihan namun setakat ini petanda positif sudah ditunjukkannnya apabila mula menjalani latihan dalam gelanggang.

Menurut jurulatih pemain perseorangan negara itu, Hendrawan, seperti dipetik dari Harian Metro selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia pada hari Isnin: “Kami menggunakan keluasan yang lebih besar berbanding minggu lalu. Bagaimanapun, dia tidak menggunakan keseluruhan gelanggang tapi kami masih mempunyai masa untuk membuat penilaian hingga minggu depan.

“Apa yang kami perlukan sekarang adalah proses pemulihan yang cepat kerana Seluruh England adlah salah satu sasaran Chong Wei tahun ini. Bagi saya dan pakar fisiologi, Sandra Fiedler, kami perlu menunggu saat akhir dan pada masa sama melakukan proses pemulihan peringkat demi peringkat.

“Esok (Selasa) mungkin Chong Wei mampu berlatih dengan menggunakan keseluruhan gelanggang seperti biasa.

Kenapa Chong Wei berusaha untuk bermain di Seluruh England?

Menurut Hendrawan seperti dilaporkan oleh Harian Metro, Chong Wei mempunyai satu standard di mana Kejohana Seluruh England amat penting untuk disertainya.

“Dia mempunyai keinginan untuk beraksi di sana. Selepas semuanya kembali normal dan dia boleh bergerak secara keseluruhan di dalam gelanggang, dia boleh pergi ke Seluruh England.”

Kesimpulannya?

Selepas terlepas untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Rio pada tahun lalu, pastinya Chong Wei melihat Kejohanan Seluruh England adalah medan untuk dia menebus kekecewaannya. Berada di penghujung kariernya, pemain nombor satu dunia itu pastinya mahu bersara ketika berada di kemuncak dan memenangi kejohanan berprestij seperti Seluruh England ini adalah salah satu darinya.

Namun, apa yang merisaukan adalah betapa kita terlalu bergantung kepada Lee Chong Wei dalam acara perseorangan. Setakat ini, masih belum ada mana-mana pemain perseorangan yang dilihat berpotensi untuk menyamai pencapaian Chong Wei. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepatutnya sudah tidak boleh terlalu bergantung kepada Chong Wei. Jika tidak, Malaysia tidak akan berjaya memenangi Piala Thomas selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1992

Other posts by