Football

Persebaya lunaskan hutang gaji Andik Vermansyah

Kelab bolasepak Andik dan masalah kewangan nampaknya tidak dapat dipisahkan. Jika kita ingat hanya Selangor yang mengalami masalah kewangan, rupanya kelab Andik sebelum ini turut mengalami masalah serupa sebelum ini.

Namun, kali ini berita baik buat pemain sayap Indonesia ini apabila pengurusan pasukan Persebaya Surabaya selesai melunaskan hutang gaji yang tertunggak kepada semua pemain mereka termasuk Andik Vermansah sendiri.

Apa yang berlaku?

Hutang pasukan ini berlaku ketika Andik masih bermain untuk pasukan yang berpengkalan di Surabaya ini ketika mereka beraksi di Indonesia Premier League (IPL) dan telah tertunggak selama empat tahun.

Hutang tersebut melibatkan 40 orang yang terdiri daripada pemain dan staff kejurulatihan pasukan tersebut. Namun setakat ini, baru 18 pemain yang selesai pembayaran gaji mereka pada Selasa lalu antaranya Andik sendiri, Jefri Prasetyo dan dua penjaga gol Dedy Susanto serta Herty Prasetyo

“Setakat ini, kami sudah membayar hutang gaji 18 pemain. Tinggal beberapa pemain tempatan dan asing yang belum dibayar termasuk bekas pemain yang pernah beraksi bersama Persebaya dahulu,” ulas bekas pengurus Persebaya, Choesnoel Faried seperti dipetik dari Kompas.com

Dari mana Persebaya mendapat duit?

Wang yang digunakan untuk membayar hutang gaji pemain dan staff ini berjaya diselesaikan oleh pengurusan baru Persebaya. PT Jawa Pos Sportainment (JPS) yang kini merupakan pemegang saham terbesar Persebaya telah menyerahkan cek bernilai RM25,000 kepada pasukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Presiden baru Persebaya, Azrul Ananda yang menyerahkan cek berkenaan mahu Persebaya menjadi kelab contoh buat pasukan lain di Indonesia. Bercakap kepada Jawapos.com, Azrul berkata: “Kami ingin Persebaya menjadi contoh pasukan dengan pengurusan paling profesional di Indonesia. ”

Apa kata Andik?

Andik menyatakan bahawa dia gembira dengan lunasnya gaji yang tertunggak terhadap pemain dan staff pasukan lamanya itu. Andik juga berharap pasukannya akan berjaya walaupun beraksi di liga divisyen 2 Indonesia pada musim ini.

Memetik kata-katanya kepada Kompas.com, Andik berkata: “ Sudah tentu saya gembira dengan lunasnya gaji tertunggak ini.. Saya juga berharap agar Persebaya akan berjaya dalam perlawanan di Liga 2 nanti.”

Other posts by