MMA

CM Punk lawan Power Rangers hijau di UFC?

Seorang bekas penggusti WWE, dan seorang lagi bekas pelakon rancangan TV Power Rangers.

Apakah kita akan melihat perlawanan ini berlangsung di UFC?

Bekas pelakon asal Power Rangers hijau, Jason David Frank baru-baru ini menyatakan mengenai kemungkinan perlawanan di antara dia dan bekas penggusti WWE yang menyertai UFC, CM Punk.

Jason yang mempunyai latar belakang MMA sebelum ini membuat tawaran untuk melawan Punk ketika penggusti berkenaan menyertai UFC, namun ditolak oleh Punk.

“Mereka akan menyukainya. Jika Punk berlawan lagi, semua yang berada di pusat, semua yang memiliki UFC mahu saya berlawan dengannya. Jika dia berlawan lagi, itu semestinya perkara yang saya mahu lakukan. Saya mendapat peluang melawat belakang tabir WWE di acara mereka, ianya sama seperti UFC. Saya tidak bercakap mengenai perlawanan, tetapi tenaga yang diberikan oleh mereka ketika hari acara. Saya berminat untuk terlibat dengan WWE atau UFC untuk menggembirakan peminat.

Jason juga menegaskan bahawa perlawana itu bukan semata-mata untuk wang.

“Saya telah berlawan seumur hidup saya, saya boleh melakukannya esok kalau saya mau. Cuma ianya perlu masuk akal mengenai kenapa ianya dilakukan. Apa yang saya maksudkan dengan masuk akal bukanlah dari sudut kewangan, saya sanggup melawan CM Punk untuk satu dollar. Saya sanggup berlakon dalam filem Power Rangers tanpa bayaran. Saya tiada masalah kewangan. Apa saya maksudkan masuk akal adalah untuk para peminat saya. Adakah peminat saya bersetuju dan berkata ‘ Ya, itu yang kami mahu saksikan. Ya, saya mahu melihat dia di Bloodshot. Tidak , saya tidak suka dengan apa dia lakukan.’ Saya selalu mendengar permintaan peminat, dan berfikir ‘Adakah ini yang mereka mahukan?’ Itu yang saya maksudkan dengan masuk akal, bukan kerana wang.”

Pastinya peminat biasa yang tidak mengikuti UFC akan tertarik dengan idea ini. Bekas juara WWE menentang Power Rangers hijau? Anda boleh mendengar bunyi wang mengalir masuk. Ditambah dengan filem terbaru Power Rangers yang akan keluar pada tahun ini, ini boleh menjadi satu cara bagi memasarkan filem tersebut. Perlawanan ini pastinya akan menarik orang ramai yang tidak pernah menyaksikan UFC tetapi mungkin mempunyai nostalgia menonton Power Rangers ketika kanak-kanak. Cuma Power Rangers hijau tidak boleh memanggil Megazord dalam perlawanan ini.

Other posts by