Football

Saya masih jurulatih KL – Wanderley Junior

Bolasepak Malaysia tidak pernah kering dari kontroversi.

Dalam kontroversi terbaru, dikhabarkan pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur akan menukar jurulatih mereka ekoran masalah lesennya yang tidak diperakui oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Namun, menurut jurulatih Kuala Lumpur, Wanderley Junior bahawa dia masih jurulatih KL dan perkara itu sedang diselesaikan.

“Saya menerima khabar mengenai lesen saya dengan FAM masih belum selesai. Namun, mereka meminta kebenaran untuk saya tetap berada di bangku pemain tetapi tidak banyak berhubung dengan pemain sehingga semuanya selesai.

“Saya tetap melatih pasukan, tetapi di hari perlawanan, pembantu saya Rusdi Suparman akan berada di tepi padang.”

“KLFA sedang cuba membantu saya, dan saya juga sedang mencari jalan penyelasaian di Brazil supaya saya boleh kembali melatih pasukan seperti biasa.”

Jurulatih dari Brazil ini juga menyatakan bahawa dia sememangnya bersemangat mahu kembali bertugas dan memacu pasukan Kuala Lumpur dalam misi ke Liga Super.

Pasukan City Boys kini berada di tangga ketiga selepas merekodkan dua kemenangan dan dua seri dalam saingan Liga Perdana. Kuala Lumpur akan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman pada hari Selasa ini dalam saingan Piala FA.

Other posts by