Football

Penyerang muda Ajax belum tentu perkuat Indonesia di Sukan SEA KL

Penyerang pasukan muda Ajax Amsterdam, Ezra Walian belum tentu akan bermain di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti.

Barisan kejurulatihan pasukan bawah 22 tahun Indonesia menyatakan bahawa mereka perlu melihat persembahan penyerang berdarah Manado itu sebelum dia boleh dipilih.

“Kami perlu melihat dulu (persembahan Ezra Walian) . Kami akan berlaku adil terhadap pemain mana yang kami perlukan,” kata pembantu jurulatih Indonesia, Bima Sakti kepada Sidomi.com.

“Pemain perlu bijak dalam menentukan bila perlu membuat hantaran, menggelecek atau membuat percubaan gol. Luis Milla nampaknya tidak terlalu mementingkan fizikal,” tambah bekas ketua pasukan Indonesia itu.

Sebelum ini, kuat khabar mengatakan bahawa Ezra Walian akan beraksi di Sukan SEA di Kuala Lumpur selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) berusaha untuk menyelesaikan proses naturalisasi penyerang berusia 19 tahun itu.

Ezra pernah beraksi bersama pasukan remaja Belanda, namun disebabkan dia tidak pernah bermain dengan skuad senior, maka dia dibenarkan bermain untuk Indonesia.

Other posts by