Cycling

“John Beasley beri impak besar pada persembahan saya” – Azizulhasni

Terima kasih John Beasley.

Mungkin itu yang mahu diucapkan Azizulhasni Awang kepada jurulatihnya di Kejohanan Berbasikal Asia yang berlangsung di New Delhi India.

Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai ‘Pocket Rocket Man’ menjadi wira apabila berjaya merangkul pingat emas pada hari terakhir kejohanan dengan menewaskan pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata di Stadium Tertutup Indira Gandhi sekaligus merampas kembali gelaran yang dimenanginya di Kazakhstan tiga tahun lalu.

Photo credit: Facebook Azizulhasni Awang
Photo credit: Facebook Azizulhasni Awang

Azizul menerusi laman facebook peribandinya mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya, John Beasley.

“Selepas dua hari bertarung, inilah dia pingat emas dalam acara pecut lelaki bagi kontinjen Malaysia.

“Untuk mempunyai jurulatih saya, John Beasley di sisi saya ketika berlumba memberikan impak besar terhadap persembahan saya.

“Dia sentiasa bersama saya sepanjang perlumbaan dan ketiadaannya semasa acara Keirin yang lepas membuatkan saya hilang momentum sedikit.”

Jurulatih dari Australia itu tiba di New Delhi pada hari Khamis malam untuk membantu Azizul selepas tinggal sebentar di Melbourne bagi menyelesaikan pengebumian bapanya, John Raymond, seorang pelumba basikal legenda yang meninggal dunia pada 31 Januari – hari kontinjen negara berlepas ke New Delhi.

Other posts by