Pemain kebangsaan Indonesia, Stefano Lilipaly mendapat pengiktirafan tinggi dari media Belandan, Voetball Internasional apabila diumum sebagai salah seorang pemain terbaik Eerste Divisie bagi pusingan ke-23.
Het @VI_nl Elftal vd week 23: 4x @SCCambuurLwd, 2x @mijnfcdenbosch én @vvvvenlo en 1 speler van Jong @PSV, Jong @AFCAjax en @FCEindhoven.👏 pic.twitter.com/U75dQKBHYc
— Keuken Kampioen Divisie (@1e_Divisie) February 8, 2017
Pemain naturalisasi Belanda itu yang bermain bersama SC Cambuur di liga kedua Belanda tersenarai bersama pemain plain seperti Beltrame (FC Den Bosch), Vandeputte (Eindhoven), dan Van Crooy (VW-Venlo).
Lilipaly dan SC Cambuur berjaya menang 3-0 ke atas Helmond Sport dalam pusingan ke-23 Eerste Divisie pada Jumaat minggu lalu dan pemain berusia 27 tahun itu berjaya menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol (assist) bagi pasukannya.
Bercakap kepada Kompas.com, Lilipaly berkata: “Ini menunjukkan saya bermain dengan baik. Sekarang saya perlu fokus supaya pasukan akan dapat naik ke liga utama musim hadapan.”
Selain itu, Voetball Internasional turut menyenaraikan Lilipaly sebagai perpindahan terbaik bagi pintu perpindahan musim sejuk apabila dia berpindah ke Cambuur dari SC Telstar pada 20 Januari yang lalu.
Cambuur ketika ini berada di kedudukan ketujuh di Eerste Divisie dengan mengumpul 39 mata dan akan bertemu Fortuna Sittard dalam perlawanan minggu ini.
Other posts by Khairul Nizam