Football

Malaysia jatuh ke tangga 162 ranking FIFA

Skuad Harimau Malaysia jatuh lagi.

Dalam ranking terbaru dunia yang dikeluarkan FIFA, pasukan bolasepak kebangsaan kini berada di tangga ke-162 dunia, jatuh satu anak tangga dari kedudukan yang lalu.

Photo credit: FIFA.com
Photo credit: FIFA.com

Prestasi buruk anak buah Dato Ong Kim Swee dalam aksi Piala AFF Suzuki 2016 yang lalu tidak banyak membantu skuad Harimau Malaya untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Bagi Asia Tenggara, pasukan Filipina menduduki kedudukan terbaik apabila kekal berada di kedudukan ke-122 dunia, namun juara Piala AFF Suzuki 2016, Thailand jatuh satu anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-127 dunia.

Sementara itu, Vietnam kekal di tangga ke 136, Myanmar (159), Singapura (164), Laos (167), Indonesia naik empat tempat ke kedudukan 169 dunia, Kemboja (175), Brunei ( 184) dan Timor Leste (194).

Pasukan Iran merupakan pasukan Asia yang berada dalam kedudukan terbaik di dunia iaitu di ranking ke-32 dunia, diikuti Korea Selatan (39), Jepun (52) dan Australia (54).

Bagi ranking dunia, tiada perubahan berlaku apabila Argentina masih bergelar pasukan No.1 dunia, diikut Brazil, Jerman dan Chile.

Other posts by