Badminton

‘Ini bukan masa sesuai komen isu Chong Wei’ – Frost

Apakah akan ada pengakhiran pada hubungan ‘Frosty’ (dingin) di antara Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost dan bintang badminton negara, Lee Chong Wei?

“Saya harap semua ini tidak berlaku.”

Itulah reaksi Frost ekoran pendedahan Chong Wei terhadap kekecewaannya terhadap tindakan bekas pemain Denmark itu.

Memetik kata-kata beliau seperti dilaporkan oleh akhbar the Star: “ Sudah pasti saya berharap semua uni tidak berlaku tetapi saya tetap rasakan ini bukan masa sesuai untuk memberi komen.

“Saya bertugas untuk BAM dan sudah pasti saya perlu bercakap dengan pegawai yang terlibat.

“Semoga mereka dapat mencari jalan penyelesaian untuk perkara ini.

“Apabila anda berkerja untuk seseorang, anda tidak keluar dan membuat kenyataan secara peribadi,” kata Frost.

Pertelingkahan ini mendapat perhatian dari Timbalan Presiden BAM, Dato’ Mohammad Norza Zakaria

Memetik kenyataannya kepada pemberita ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia musim Sejuk di Sapporo, Jepun seperti dilaporkan Bernama: “ Saya tidak mahu semua yang telah dicapai sebelum ini sia-sia kerana Chong Wei adalah inspirasi kepada semua pemain, sementara Frost mempunyai KPI.

“Frost mempunyai misi untuk meletakkan Malaysia dia tangga tiga terbaik dunia, serta memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

“Untuk Frost, saya rasa kami di BAM akan berbincang dengannya, kerana mungkin apa yang dilakukan di Eropah sedikit berbeza dengan Asia, dan mungkin ianya agak kasar, namun, kita tidak boleh menjadi terlalu Asia juga, kerana kita mahu menjadi berkelas dunia.”

Frost telah bertemu Presiden BAM Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid dan setiausaha Datuk Ng Chin Chai sertai pengurus besar Lawrence Chew, semalam.

Other posts by