Football

Indonesia mahu bida jadi tuan rumah Piala Asia U-19

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi Setiausaha Agung mereka, Wellington Ade, menyatakan bahawa PSSI berminat untuk membida hak menjadi tuan rumah bagi Piala Asia Bawah 19 tahun yang akan berlangsung pada tahun 2018.

Perkara ini dinyatakan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ketika kunjungan mereka ke Indonesia untuk bertemu PSSI.

“AFC menawarkan dua hak menjadi tuan rumah kepada Indonesia, Piala Asia B-16 dan Piala Asia B-19 pada tahun 2018. Permhonan kami telah ditunggu AFC dan kami lebih memilih untuk Piala Asia B-19,” kata Ade Wellington seperti dinyatakan di dalam laman web PSSI.

“Pelaksanaan untuk Piala Asia B-19 2018 berlangsung pada bulan Oktober. Momentum ini tepat kerana ianya diadakan selepas menganjurkan Sukan Asia 2018. Dengan mara ke separuh akhir, kita sudah boleh layak ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2019,” katanya lagi.

Other posts by